{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


Perubahan nyata di DUN Palong

Posted: 31 May 2011 07:45 PM PDT

Saya dan isteri saya, Hendon Jaafar, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, sampai di Bandar Seri Jempol jam 2.30 petang dan kami terus ke Masjid Bandar Seri Jempol menunaikan solat, Jamak Zohor dan Asar, selepas solat Sdr Rebin Birham menalipon saya bahawa beliau dan rakan-rakan pimpinan PKR DUN Palong sudah berada di Felda Palong 16 untuk upacara memacakkan papan tanda Ranting PKR Palong 14, 15 dan 16 di pintuk masuk ke gugusan Felda Palong.

Jam lebih kurang 3.15 petang, Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan bersama-sama dengan YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah sampai dan upacara memacakkan papan tanda itu dimulakan.

Selepas upacara itu, kami terus beredar ke Felda Palong 9, untuk Perasmian Pelancaran "Mansuhkan Felda Plantation" dan "Penyerahan Borang untuk menjadi Peneroka Baru", dirasmikan oleh YB Datuk Kamarul Bahrain Abas.

Betul tidak saya sangkai. Kawasan rumah Sdr Salam yang didirikan dengan dua kanopi, tidak dapat memuatkan para hadirin yang begitu ramai.

Apabila dilancarkan Borang Menyertai Peneroka Baru oleh Kamarul Bahrain Abas, peneroka-peneroka dan generasi baru Felda beratur dengan penuh disiplin untuk mengambil borang-borang yang disediakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Sembilan.

Dari sana kami berlepas ke Felda Serting Hilir 7 ke rumah Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol yang juga Pengerusi Biro Felda Negeri Sembilan.

Selepas dihidangkan dengan makanan masak tradisi Negeri Sembilan, YB Kamarul Bahrain melancarkan pula Markas PRU PKR Cabang Jempol.

Selepas itu kami pergi ke rumah Ridzuan, Ketua PAS Cawangan Felda Serting Hilir 7 untuk majlis ceramah PR yang telah diaturkan.

Kehadiran peneroka-peneroka (tempatan) begitu ramai dan saya betul-betul merasakan bahawa satu perubahan sudah berlaku di kawasan Parlimen Jempol ini.

Setiap bulan saya datang ke kawasan Parlimen Jempol atas undangan PKR Cabang Jempol, dan saya tidak pernah mengalami kehadiran manusia yang ramai didalam program-program yang dianjurkan.

Ini jelas merupakan satu perubahan yang nyata. Pentingnya, mereka yang hadir itu adalah peneroka-peneroka tempatan dan bukan dari luar.

Malam tadi Sdr Rahman, YDP Pas Kawasan Jempol, Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol, Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Adun Chuah, Sdr T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal, dan dua tokoh PKR Pusat, Dato Fauzi Abdul Rahman dan YB Dato Kamarul Bahrain menghadiri Majlis Ceramah itu.

Saya yang agak demam, batuk dan kehilangan suara tidak tergamak untuk tidak berceramah kerana sudah dkiwar-warkan bahawa saya akan mengupas isu GSA. Mereka sangat berharap.

Maka didalam keadaan suara saya yang tidak begitu keluar, saya berucap juga menerangkan GSA dan kuasa yang ada didalamnya untuk Kerajaan Negeri, yang mana Kerajaan Negeri berkuasa keatas tanah, keatas perlantikan pengurus Felda, pemberian geran tanah dan Felda hanya diberikan peranan didalam bidang pengurusan dan bukan berkuasa keatas tanah dan keatas peneroka-peneroka.

Saya meninggalkan majlis jam 10.30 malam untuk kembali ke Temerloh dan sampai di Temerloh lebihkurang jam 12.30 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LAWATAN BIRO MASYARAKAT <b>FELDA</b> PARTI KEADILAN RAKYAT KE

Posted: 30 May 2011 07:16 PM PDT

LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR

Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.

1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)

1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,

Masa: 2.30 petang .

Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang

1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor

masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Adilla, Pengerang

2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)

2.1: Dialog Bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Felda Dengga, Sembrong

2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai

3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)

3.1: Dialog bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pejabat PKR Sekijang

3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Maokil, Pagoh

Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.

Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011

3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.

4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.

9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.

Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham

Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011

Kawasan Rompin:

2.30 petang: Felda Keratong 1

4.30 petang: Felda Keratong 8

8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.

Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.

Kawasan Bentong }

Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:

1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan

2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi

3. 12.00 t.h - di Felda Suharto

4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa

Terlibat dalam lawatan:

YB Elizabeth Wong

Haji Suhaimi Said

T. Kumar

Rebin Birham

Zabidie Abas

Man Kadir (Pak Jabit)

Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.

Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat