felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Mahkamah Posted: 20 May 2011 07:40 PM PDT Nenek warga India edar ketamine dihukum matiSHAH ALAM 20 Mei - Seorang nenek warganegara India hanya mampu menangis tersedu-sedu apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis ketamine seberat 2,925 gram semasa tiba di negara ini, dua tahun lalu. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Fazila Bee Abdul Kareem, 62, selepas berpuas hati bahawa keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dalam penghakiman ringkasnya, beliau berkata, keterangan tertuduh didapati penuh dengan percanggahan serta tidak langsung dapat diterima akal. Jelas beliau, tertuduh mendakwa datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan diminta oleh seorang wanita yang akan bekerja di tempat sama untuk mendaftar masuk sebuah beg semasa berada di India. Bagaimanapun, kata Hakim Noor Azian, tertuduh bukan sahaja tidak mempunyai permit kerja dan hanya masuk menggunakan visa pelancong, tetapi tidak mengetahui siapa majikannya dan tidak mempunyai alamat tempat dia dikatakan akan bekerja. ''Tertuduh dikatakan lahir pada 1949 tetapi hasil pemerhatian terhadap keterampilannya, saya berpendapat umurnya lebih daripada itu dan tidak mungkin ada orang yang ingin mengambilnya sebagai pembantu rumah. ''Keterangan tertuduh juga penuh dengan percanggahan. Contohnya orang yang bernama Mohd. Zafar, sekejap tertuduh mendakwa dia adalah cucunya, tetapi kemudian memberitahu dia adalah ejen. Cerita tertuduh tidak konsisten dan lebih kepada rekaan serta cerita tokok-tambah yang gagal membangkitkan sebarang keraguan,'' katanya. Fazila Bee yang berbaju-T lengan panjang putih, berseluar sukan biru gelap serta bertudung hitam dilihat masih mengelap air mata semasa dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara. Dia yang mempunyai beberapa orang cucu didakwa mengedar dadah tersebut di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang, 13 Februari 2009. Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam K.A. Ramu. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi manakala tertuduh pula memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Sukan Posted: 20 May 2011 11:19 PM PDT PKNS juara Liga Perdana 2011
KUALA LUMPUR - PKNS mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas mengalahkan Johor 2-0 di Stadium MBPJ Kelana Jaya, malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim mengumpul 51 mata, untuk dinobat selaku juara ketika baki tiga perlawanan. Lebih membanggakan PKNS mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 19 perlawanan setakat ini. Perolehan 51 mata tersebut tidak mampu lagi dipintas pencabar terdekat, Sarawak yang mengumpul 39 mata, setelah menang 3-0 ke atas PDRM di Stadium Negeri Kuching, semalam. Saingan untuk satu lagi slot ke saingan Liga Super pada musim depan tertumpu kepada perebutan di antara Sarawak dan pasukan di tangga ketiga, Sime Darby. Namun cabaran Sime Darby sedikit terencat apabila kalah 1-2 kepada SDM Navy di Stadium Batu Kawan, malam tadi. PKNS, yang hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan semalam untuk bergelar juara, sebaliknya selesa dengan tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Ahmad Tharmini Saiban pada minit ke-59, disusuli jaringan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul pada minit ke-71, yang kemudiannya dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Abdul Rahman berkata, beliau bersyukur kerana PKNS muncul juara Liga Perdana lebih awal iaitu ketika baki tiga perlawanan. "Kejuaraan ini merupakan satu rekod luar biasa, saya sendiri tidak menjangka dengan apa yang kami capai. "Kemampuan kami muncul juara disebabkan disiplin pemain di atas padang. Bahagian pertahanan beraksi dengan baik apabila hanya melepaskan empat gol setakat ini. "Kejayaan ini disebabkan pemain-pemain sendiri yang mahukan kejuaraan setelah tiga tahun saya membimbing skuad ini. "Setelah tiga tahun para pemain ini mencuba, pada tahun ketiga barulah kami berjaya ke Liga Super, kejuaraan ini adalah kerana motivasi pemain. "Kejayaan ini juga menamatkan penantian lebih 20 tahun PKNS untuk beraksi dalam Liga Super," katanya. Sementara itu, jurulatih Johor, Azmi Muhamad akan memastikan mereka merupakan pasukan kedua yang akan mengiringi PKNS ke Liga Super musim depan. "Kami masih ada tiga perlawanan dan adalah penting untuk kami meraih mata dalam ketiga-tiga perlawanan untuk mencerahkan peluang ke Liga Super," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |