{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


Utusan Online - Johor

Posted: 19 Apr 2011 09:33 AM PDT

Jalan raya tidak diturap

Jalan raya tidak diturap

Saudara Pengarang,
Saya merasa hairan mengapa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Johor lambat bertindak membaiki jalan berlubang dan melakukan kerja-kerja penurapan jalan.

Dari pemerhatian saya, selepas banjir melanda Segamat serta beberapa daerah di Johor awal tahun lalu, kerja-kerja pembaikan jalan atau penurapan masih belum dilakukan sepenuhnya.

Beberapa jalan berlubang masih tidak ditampal. Jika ditampal sekalipun hasil tampalan cuma bertahan beberapa jam, tampal pada sebelah pagi menjelang tengah hari atau petang berlubang semula, contohnya di hadapan Pejabat Penerangan Daerah Segamat.

Mungkin ini akibat dari kerja tampalan segera. Lubang atau lopak diisi pasir disusuli batu-batu halus dan disiram dengan tar. Berbeza dengan kerja-kerja penampalan dan penurapan sekitar tahun 1970-an dahulu di mana penggelek jalan digunakan dalam kerja penampalan dan penurapan.

Penggelak berkenaan akan melakukan kerja penyempurnaan setelah minyak tar disiram dan proses menggelek jalan berkenaan dilakukan berulang kali sehingga tampalan padat, berbanding pada masa kini cuma kadangkala sahaja penggelek bersaiz kecil digunakan.

Baru-baru ini saya ke Muar menggunakan jalan pintas Kampung Pagoh, melalui Pagoh terus ke pekan Muar dan ketika balik melalui Jalan Tangkak terus ke Segamat. Saya dapati jalan diturap pada lokasi-lokasi tertentu sahaja, malah banyak jalan berlopak dan berlubang tidak ditampal.

Ini berbeza dengan kualiti jalan di Negeri Sembilan. Pada cuti sempena tahun perayaan Tahun Baru Cina yang lalu saya sempat ke Port Dickson dan melalui beberapa daerah di negeri tersebut.

Rata-rata saya perhatikan kerja-kerja pembaikan jalan begitu aktif dijalankan.

Malah pada bulan Mac saya juga telah pergi ke pekan Rembau dan Seremban kemudiannya terus ke Johor Bahru.

Saya amat berpuas hati dengan kualiti jalan di Negeri Sembilan. Boleh dikatakan jalan keluar dari Johor melalui Negeri Sembilan ke destinasi-destinasi tertentu saya dapat melihat perbezaan kualiti jalan di antara kedua-dua negeri ini.

Justeru itu, diharapkan pihak Kerajaan Negeri Johor dan JKR Johor khususnya memastikan jurutera daerah dan unit berkaitan melakukan pemantauan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap jalan-jalan sekitar negeri ini kerana ia digunakan setiap hari bukan sahaja oleh penduduk setempat malahan pengunjung luar.

Jalan yang bermasalah boleh mengundang bahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam, hujan dan kepada mereka yang tidak biasa melalui jalan-jalan tertentu lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

Pastikan juga jalan di sekitar bandar berada dalam keadaan yang baik, jangan tunggu sehingga pemimpin datang barulah hendak melakukan kerja pembaikan.

SUKA MEMERHATI

Segamat, Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat