{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


::::: Aku Budak <b>Trolak</b> :::::: <b>FELDA</b> Bukan Lagi Lubuk Gejala Sosial <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2011 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 89 daripada 317 kawasan rancangan Felda mencatatkan sifar masalah sosial sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jumlah tersebut jelas menunjukkan bahawa kawasan Felda bukan lagi merupakan lubuk masalah sosial.

"Ini adalah usaha bersepadu daripada semua pihak. Kita akan menambah jumlah ini dari setahun ke setahun. Jangan dilabel lagi kawasan Felda lubuk gejala sosial," katanya pada sidang media selepas menutup Seminar Pemimpin Peneroka di sini hari Khamis.

Beliau berkata 16 kes gejala sosial antaranya masalah dadah, kecurian dan ponteng sekolah telah dipantau dalam usaha mengurangkan kadar masalah sosial di kawasan Felda.

Katanya pelbagai usaha telah dijalankan termasuk mengadakan pemantauan di semua kawasan Felda pada setiap bulan bagi mencapai sifar masalah sosial.

Selain itu, Ahmad berkata 250 gelanggang futsal akan disiapkan di semua kawasan Felda pada tahun ini.

Beliau berkata projek yang bernilai RM25 juta itu akan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan di kawasan tersebut.

"Ini memberi satu pengiktirafan kepada kontraktor kelas F, peneroka dan generasinya untuk melaksanakan satu projek yang besar. Saya kira ini di antara projek dari segi bilangan terbesar, satu pembinaan bilangan terbesar yang disiapkan dalam masa setahun," katanya.

Beliau berkata pembinaan gelanggang futsal itu bertujuan menjadikan peneroka dan generasinya warga yang berpasukan, aktif, bersatu padu dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengenai sambutan Hari Peneroka Felda 2011 yang akan diadakan pada 7 Julai ini, Ahmad berkata seramai 12,000 peneroka dijangka hadir memeriahkan sambutan itu.

Sumber: BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

::::: Aku Budak <b>Trolak</b> :::::: Asal-Usul Solat

Posted: 30 Apr 2011 09:00 AM PDT

Apakah Solat? Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi'liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, maka ia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat adalah satu latihan pembinaan kendiri untuk mendapat keredhaan Allah sebagai membuktikan nilai kehambaan yang bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah Taala kepada kita. Dengan solat yang dijaga, pembinaan potensi insani menjadi lebih berkesan dan berarah, Insyaallah.

Sebenarnya, bagi makhluk bernama manusia, potensi yang ada pada diri kita ialah akal, jasad dan roh. Peningkatan akal dan jasad memerlukan latihan dan bimbingan tertentu, maka untuk peningkatan roh atau hati insan itu, adalah lebih rumit daripada bahagian-bahagian diri yang lain. Oleh itu, untuk meningkatkan roh dan hati, maka ALLAH telah mewajibkan solat 5 waktu sehari semalam yang jika diperhatikan ianya mirip kepada latihan intensif yang komprenhensif dan bersepadu menginjak pada gerakan yang sama supaya tahap penghayatan optimum dapat dikecapi seterusnya memahami hakitat penciptaan kita sebagai makhluk bertaraf Hamba hanyalah untuk beribadat kepada ALLAH Taala.

Firman ALLAH Taala dalam al~Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (al-Baqarah, ayat 021)

Solat adalah rukuk Islam yang ke-2. Sebenarnya solat 5 waktu yang difardhukan kepada Ummat Islam mempunyai sejarahnya yang sendiri. Marilah kita menyusuri sejarah setiap solat 5 kali yang kita dirikan sehari semalam itu.

Subuh:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  • Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

  • Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

  • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

  • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

  • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

  • Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

  • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

  • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

  • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Subuh:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

  • Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

  • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

  • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Isyak:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  • Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

  • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

  • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

  • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya). (al-A'raf, Ayat 029)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat