felda gedangsa - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda gedangsa - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search Posted: 06 Jan 2012 12:00 AM PST Najib Razak cakap, Kecewa Projek Perumahan Di Felda Gedangsa Tergendala Khalid Ibrahim cakap, Tiada permohonan projek perumahan di Felda Gedangsa Really3Line cakap, Mana Satu Betul ni? Najib Razak cakap, Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang. Saya tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka dah tolak permohonan itu. Khalid Cakap, Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda. Kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di Felda tersebut. Najib Cakap, Tidak ada apa yang boleh saya lakukan atau BN lakukan melainkan beri sesuatu isyarat kepada tuan puan…kalau hendak projek ini, kalau hendak masa depan lebih baik, lakukan perubahan. Really3line Mencelah, Lain macam je statement. Khalid Cakap, Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman. Really3line Mencelah Lagi, Aik, tadi kata takde, ni jika ada pulak, macam mane ni? Khalid Cakap, Kerajaan negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk perdana menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu. Really3line cakap, Owh… Kuasa ada pada tangan kerajaan Pusat lah ni ye? Najib sambung, Kerana politik (mereka) tak mahu kita dapat keuntungan, tak mahu kita disanjung masyarakat, mereka tak bagi kebenaran…tanah adalah kuasa (di bawah bidang kuasa) kerajaan negeri. Inilah keadaan sebenar, saya terangkan sebab jangan orang kata saya mungkir janji atau Felda tak tunai janji (dibuat semasa) pilihan raya kecil. Really3line bermonolog, hm…. Najib Last Word, Terserah kepada masyarakat peneroka untuk berbuat sesuatu mengikut lunas undang-undang, dan yang paling penting, ialah memberi sokongan kepada Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum nanti. Khalid Last word, Kerajaan negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda. Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik kerajaan negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak menerima bayaran satu sen pun. Really3line, Fuh.. Pelik juga.. sorang kata ni kuasa kerajaan Negeri dan ia sengaja di tangguhkan, yang lagi sorang pulak cakap ini kuasa kerajaan pusat siap ada akta lagi. hm… sama sama lah kita renungkan. Kepada siapa yang mahukan kenyataan penuh dari berita ini, Klik Sini Untuk Khalid Ibrahim SEKIAN… Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from felda gedangsa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |