felda palong timur - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda palong timur - Google Blog Search |
| PADUKA PULAI | : Jelajah Anak Malaysia - Parlimen Bakri Posted: 15 Feb 2013 05:35 PM PST Program JELAJAH ANAK MALAYSIA adalah satu usaha sama yang dibentuk oleh gabungan pertubuhan anak muda yang terdiri daripada golongan Belia, Mahasiswa & NGO untuk mendekati dan mendampingi pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara sama ada di bandar, kampung mahupun kawasan pedalaman. Program ini diselaraskan bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 30 Januari 2013 di Putrajaya. Jelajah telah bermula pada 1 Februari lalu dan telah tamat pada 16 Februari minggu lepas bagi Fasa 1 iaitu Peringkat Semenanjung Malaysia. Kemudian akan bersambung untuk Fasa 2 iaitu Peringkat Negeri Sarawak pada 25 Februari hingga 3 Mac depan dan disusuli pula Fasa 3 iaitu Peringkat Negeri Sabah pada 5 hingga 12 Mac. Program JELAJAH ANAK MALAYSIA adalah satu acara di mana kumpulan konvoi anak muda akan menjelajah ke seluruh negara yang merangkumi beberapa lokasi di setiap negeri. Bagi peringkat Negeri Johor, kumpulan konvoi ini bertemu dengan masyarakat Johor pada 9 dan 10 Februari di 3 buah lokasi iaitu di Sembrong (Kluang), Palong Timur (Segamat) dan Bakri (Muar). Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT telah dipilih sebagai antara pertubuhan mahasiswa yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai penyelaras lokasi program di Bakri. Bersama dua lagi NGO iaitu Gabungan Anak-anak Sembrong Perantauan (GAAS-P) sebagai penyelaras lokasi di Sembrong dan Majlis Belia Felda Malaysia Caw Segamat bagi lokasi program di Segamat. Susunan Program di lokasi Bakri 9 Feb (Sabtu) Petang: Program Suara Rakyat – Tapak Pesta 1 Kg Tun Dr Ismail • Kaji selidik di seluruh kawasan melibatkan sampel yang telah dikenalpasti oleh kumpulan penyelidik yang terdiri daripada peserta jelajah. • Kaji selidik mensasarkan kepada Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Malam: Program Muzikal Rakyat – Tapak Pesta 5 Kg Tun Dr Ismail • Mendampingi masyarakat setempat dan belia melalui elemen muzik. Pihak kami memutuskan untuk mengadakan acara Battle of the Band. • 10 kumpulan daripada Komuniti Belia Pemuzik Muar telah mengambil bahagian pada malam itu. • Dalam masa acara berlangsung, peserta jelajah bergerak ke kawasan sekitar untuk mengutip derma bagi Tabung GAZA dan juga melakukan kajian selidik terhadap penduduk setempat. 10 Feb (Ahad) Pagi: KAM1 Prihatin – Taman Desa • Peserta jelajah melaksanakan khidmat masyarakat iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekitar. • Para penduduk pula diminta mengeluarkan barangan terpakai seperti surat khabar, buku, majalah, botol, tin, pakaian lama dan sebagainya kemudian meletakkannya di luar rumah untuk diangkut oleh kumpulan sukarelawan bersama pihak SWM. • Kumpulan kecil bergerak menyampaikan sumbangan kepada beberapa penghuni yang memerlukan bantuan seperti Ibu Tunggal, Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). T/hari: Pelepasan kumpulan konvoi • Seterusnya kumpulan konvoi ini bergerak meneruskan jelajah ke Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from felda palong timur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |