felda pemanis - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda pemanis - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda pemanis</b> - Google Blog Search Posted: 01 Jan 2013 12:00 AM PST # Rencana Khas sempena Ulang Tahun ke - 30 SK LKTP Pemanis Satu (dahulunya dikenali sebagai SK LKTP Pemanis). Rencana ini dipetik dari portal Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Manakala gambar klasik adalah dengan ehsan rakan - rakan. Terima kasih! Sekolah ini ditadbirkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Wan Idris, Segamat, Johor. Guru Besarnya ialah Encik Zainal Bin Ali. Encik Ahmad bin Hj Ali telah dilantik sebagai Guru Penyelia Sekolah ini. Kakitangan sekolah terdiri daripada 20 orang guru, seorang kerani, seorang jaga dan dua orang buruh am. Pada akhir tahun, bilangan muridnya bertambah menjadi 455 orang manakala bilangan gurunya bertambah menjadi 21 orang guru terlatih dan seorang guru sementara. Encik Ahmad bin Haji Ali telah dilantik sebagai Pemangku Guru Besar untuk mentadbirkan sekolah ini, manakala Encik Ibrahim bin Daimin pula telah dilantik sebagai Guru Penyelia. Pada awal tahun bilangan murid bertambah menjadi 843 orang dan gurunya bertambah menjadi 35 orang. Sekolah ini dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang. Encik Mohamad Basir bin Tulus menjadi Guru Penyelia petang. Darjah yang terlibat dalam sesi petang ialah Tahun satu yang terdiri daripada 7 buah kelas. Pada bulan April, Encik Mohd.Ali bin Abdullah telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Jementah sebagai Penyelia Petang. Kekosongan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Khalid bin Mohd.Rashid sebagai Guru Penolong Kanan Satu. Menjelang Mei, Encik Wan Mat bin Mahmod dari Sekolah Rendah Kebangsaan Datok Wan Idris talah Dilantik sebagai Guru Besar SK LKTP Pemanis Satu. Di akhir bulan September, SK LKTP Pemanis Satu telah bernasib baik kerana terpilih untuk menerima kunjungan sekumpulan 30 orang guru dari Jepun yang mengadakan lawatan sambil belajar di samping meninjau sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Sesi persekolahan bagi tahun 1989/1990 telah bermula pada 3hb Disember 1990. Sistem semester dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Mulai tahun ini juga,sessi pagi bermula pada pukul 1.00 tengahari. Manakala sesi petang pula bermula pada pukul 1.10 petang hingga 6.10 petang. Bilangan murid bagi tahun ini seramai 1051 orang dengan 47 orang guru serta lima orang kakitangan bukan guru. Pada 2 Julai, Guru Penolong Kanan 1, Encik Khalid bin Rashid telah kembali ke rahmatullah sewaktu menunaikan fardhu Haji di Mekah. Pada akhir tahun, Encik Ahmad bin Haji Ali yng baru sahaja memegang teraju sebagai Guru Besar sekolah ini telah diarahkan menjadi Guru Besar SK Mensudut Pindah, Segamat, Johor. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Zakaria bin Haji Ibrahim, Guru Besar SK LKTP Cempelak, Labis, Segamat, Johor. Encik Mohd.Ali bin Abdullah,Guru Besar SK Mensudut Pindah, Segamat, Johor pula telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah ini. Berdasarkan bilangan murid yang ramai,maka sekolah ini telah digredkan kepada Gred A. Ia juga merupakan sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid yang teramai di Daerah Segamat iaitu sejumlah 1216 orang. Bilangan guru pula 44 orang,15 orang daripadanya adalah guru sementara serta 5 orang kakitangan bukan guru. Menjelang tahun 1987, Encik Zakaria bin Hj. Ibrahim terus menerajui kepimpinan SK LKTP Pemanis dengan dibantu oleh Encik Mohd. Ali bin Abdullah selaku Guru Penolong Kanan serta 37 orang guru tetap. Manakala guru sementara pula seramai 15 orang. Bertepatan dengan bilangan murid-murid yang ramai iaitu 1372 orang, maka sekolah ini telah digredkan kepada A. Pertengahan tahun 1987, seorang kerani iaitu Encik Eusop bin Indran telah ditempatkan di sini menjadikan bilangan kakitangan bukan guru seramai lima orang. ersesuaian dengan bilangan murid-murid yang ramai, maka pada 16 Disember 1987 beberapa perlantikan baru telah dibuat. Encik Suboh bin Md. Aris telah dilantik sebagai Guru Ko-kurikulum, Encik Mohamad bin Jamal telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Dua dan Encik Md. Ali bin Abdullah sebagai Penolong Kanan 1. Pelantikan ke jawatan-jawatan baru ini adalah sebagai usaha Kementerian Pendidikan untuk melicinkan pengurusan sekolah dengan lebih sistematik. Dalam usaha untuk menampung bilangan murid-murid yang semakin bertambah, satu Projek Gotong Royong yang bernilai RM50,000.00 telah diluluskan agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa. Bilangan murid-murid telah meningkat seramai 1508 orang dengan 61 orang tenaga pengajar termasuik 10 orang guru sementara. Manakala bilangan kakitangan bukan guru masih tetap seramai lima orang. Di awal persekolahan, bilangan murid-murid SK LKTP Pemanis bagi tahap satu telah dibahagikan dua mengikut pertempatan masing-masing. Ini adalah berikutan dengan pembukaan SK LKTP Pemanis dua. Memandangkan sebahagian sekolah masih belum siap,maka seisi keluraga SK LKTP Pemanis Dua masih menumpang sebumbung dengan SK LKTP Pemanis Satu. Pada awal Februari, SK LKTP Pemanis Dua dengan rasminya digunakan. # Dirgahayu SK LKTP Pemanis. 30 tahun yang cemerlang dan penuh warna - warni. Terima kasih kerana menjadikan kami warga yang berhemah! |
You are subscribed to email updates from felda pemanis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |