{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


IdaMan: Presiden Anak &#39;Diserang&#39; Di <b>Felda Sungai Tengi</b>

Posted: 05 Feb 2013 12:10 AM PST


Kumpulan berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain kepada Mazlan Aliman

Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang' oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

"Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS.

"Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam tadi. Samseng Umno kacau ceramah.

Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

"Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah.

Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik," kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini.

"Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan."

Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap.

"Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis," katanya lagi.

`Apa hak mereka'

Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan.

"Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis.

Program ini mendapat kebenaran polis.

"Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda.

"Ketika di atas pentas, saya  terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda).

"Mereka kata saya bawa fitnah," tambahnya lagi.~ fmt

                 

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat