{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tersang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tersang - Google Blog Search


Srikandi Futsal <b>Felda Tersang</b> 03 makin digeruni. | Dunia Futsal <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 03:13 PM PST

Posted on 06 January 2013.

Srikandi Futsal Felda Tersang 03 makin digeruni.

Pasukan ini gigih berusaha untuk mencapai matlamat pasukan mereka, walaupun merupakan orang baru dalam dunia futsal ini. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 2007, pada awalnya terdiri daripada 10 orang pemain dan berlaku pengurangan serta penambahan pemain, yang kekal hanya 4 orang pemain lama dan 2 orang masih baru dalam pasukan mereka. Walaupun terdapat 2 orang pemain baru, akan tetapi mereka cepat serasi dan faham antara satu sama lain. Dunia Futsal diberitahu bahawa keserasian antara mereka terjalin sewaktu latihan kerana dalam kalangan mereka tidak pernah tercicir daripada menjalani latihan kecuali adanya masalah peribadi yang tidak dapat dielakan. Keserasian mereka juga terhasil dengan displin semasa latihan serta fokus semasa menjalani latihan.

Dunia Futsal juga difahamkan penubuhan pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini juga bertujuan untuk memupuk silaturrahim di antara anak-anak Felda khususnya wanita, disamping ingin melahirkan pemain-pemain yang mampu berbakti kepada negeri dan negara. Pasukan wanita Felda Tersang 03 seharusnya menjadi contoh  kepada kepada belia-belia wanita mahupun lelaki di sekitar Pahang untuk aktif di dalam sukan khususnya sukan Futsal, ini kerana disamping melahirkan belia-belia yang sihat, bersukan juga khususnya sukan futsal juga mampu untuk membina semangat perpaduan dikalangan belia-belia di sekitar Pahang. Bersukan juga khususnya sukan futsal ini juga mampu mengisi masa lapang belia-belia, ini secara tidak langsung boleh menggelakkan belia-belia daripada mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan memberi manfaat pada diri sendiri. Diharapkan selepas ini, banyak lagi pasukan-pasukan futsal wanita bakal muncul di sekitar negeri Pahang khusunya kawasan-kawasan Felda, ini juga demi kebaikkan belia-belia sendiri, di samping dapat membangunkan sukan futsal di negeri Pahang dan juga kebangsaan.

Dunia Futsal sempat mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pemain pasukan ini yang selesa dengan panggilan Ateh atau Butang yang sedang menutut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai kekerapan mereka melakukan latihan berpasukan. Mereka memaklumkan Dunia Futsal bahawa mereka menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu selama dua jam pada waktu petang. Selain itu, pasukan ini sering membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan wanita lain sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada petang ahad dan rabu malam.

Butang juga memaklumkan pada Dunia Futsal perancangan pasukan iaitu mereka akan berusaha akan menjadi pasukan 'TOP 1' dalam Daerah Raub serta di daerah-daerah yang berhampiran, malah Dunia Futsal kagum dengan semangat mereka mempunyai keyakinan  menjadi juara setiap pertandingan yang disertai. Pasukan ini berpegangan kepada satu perkataan iaitu "VOLLSTANDIG" bermaksud Bentuk Suci Sempurna. Setiap pergerakan mereka dalam permainan membentuk satu bentuk yang sempurna dalam mencapai hala tuju pasukan mereka.

Dunia Futsal berasa bangga dengan wujudnya pasukan wanita seperti pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini, semangat pasukan sebegini seharusnya di contohi oleh pasukan wanita futsal yang lain khususnya belia-belia wanita di Malaysia. Jika semangat sebegini ditunjukkan oleh pasukan-pasukan lain, ini secara tidak langsung dapat merancakkan lagi pembangunan sukan futsal di tanah air dan tidak mustahil satu hari nanti dapat bersaing dengan gergasi sukan futsal dunia.

Nama pasukan: Felda Tersang 03

Nama jurulatih: Sayuti Bin Abu Bakar

Nama pengurus: Norizah Binti Abd Hamid

Nama pemain:

1). Nadrah Binti Hassan (Deqna)

2). Fatimatun Zaharah Binti Nor Hassim (Ateh @ Butang)

3). Noorasmida Binti Othman (Mieda)

4). Suhada Binti Ahmat (Arda)

5). Siti Zulaikha Binti Mohd Nor (Adeq)

6). Rosmaria Binti Hj. Wahid ( Maria)

Fred | DF Sabah/Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bakar Masjid <b>Felda Tersang</b> Kerana Dengki - deCrewz [dot] com

Posted: 27 Apr 2011 08:27 PM PDT

Salam semua…

Pada malam 24 April 2011, Felda Tersang yang terletak di Raub telah digemparkan dengan masjid yang terbakar. Kenapa boleh jadi macam ni? Litar pintas ke? Bukan.. Budak-budak punya angkara? Pun bukan.

Segalanya bermula apabila ada segelintir penduduk yang dengki dengan pengurusan Felda telah membakar masjid tapi tidak sepenuhnya terbakar kerana sempat diselamatkan. Untuk makluman, sekeliling kawasan masjid ada kebun yang telah diusahakan oleh penduduk setempat. Kawasan kebun mereka telah ditolak kerana Felda telah ambil alih semula untuk buat jalan. Mungkin sebab itu ada penduduk yang tidak berpuas hati lalu membakar masjid. Difahamkan, seorang telah dapat ditangkap dan identiti dirahsiakan selagi pihak polis belum mendapatkan bukti yang sahih.

Pada pendapat Jai, cara mereka protes tu tak betul. Mereka sepatutnya sudah tahu awal-awal lagi bahawa tanah dikawasan masjid itu bukannya hak milik mereka dan Felda boleh ambil bila-bila masa sahaja apabila perlu.

Bakar Masjid Felda Tersang Kerana Dengki

p/s : manalah agak-agaknya diorang letak otak kan..  :-|

BUAT DUIT LUMAYAN TANPA MODAL DI FACEBOOK!!

PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun "SKIP AD" ataupun "SKIP"bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat