Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: "Bukan hanya wang ringgit, malah nafkah batin saya turut diabaikan akibat penangan wanita Vietnam ini. "Saya jadi gila dan geram," kata pemilik sebuah restoran di Tambun, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Rohani, 48, yang hilang sabar selepas mengetahui hubungan sulit suaminya dengan wanita asing berkenaan.
"Patut dia selalu mengadu tidak cukup wang, rupa-rupanya duit didermakan kepada gundik Vietnam," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16 |
Posted: "Saya hanya mampu melihat suami ditembak beberapa das dari jarak dekat sebelum seorang daripada dua lelaki yang menyerang menetaknya dengan pedang," kata Sarina Abdullah, 40, yang melihat suaminya, Sauti Muda, 57, maut di depan mata ditembak beberapa kali dan ditetak di tangan kiri ketika bersarapan di sebuah warung kopi di Kampung Kemasin, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Sauti yang juga bekas anggota tentera diserang ala mafia oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dan hanya memakai topi.
Katanya, dua lelaki itu menghentikan motosikal di depan warung dan salah seorang daripadanya memegang pedang. "Saya baru selesai makan apabila mereka menuju ke arah warung dan menyerang suami dengan melepaskan beberapa das tembakan tetapi tidak kena. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |