Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Amah dera anak majikan dipenjara Posted: KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melambung dan menghempas anak majikannya pada 15 Februari lalu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi itu di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi. Tertuduh, Yuliana, 23, dari Acheh, Indonesia membuat pengakuan bersalah terhadap kedua-dua tuduhan dan kelihatan bergenang air mata sebaik Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menghempas dan melambung seorang bayi, Mohamed Hareez Mohamed Zamri berusia empat bulan sebanyak sembilan kali sehingga mendatangkan kecederaan pada lengan dan kaki kanan bayi itu di sebuah rumah beralamat nombor 7, lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol pada 15 Februari lalu jam 7.45 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Yuliana dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi. FOTO Mustaffa Kamal
Mohd Azhar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama dan lima tahun bagi pertuduhan kedua serta memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Februari. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19 |
Posted: "Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus. Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |