Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
5 pekerja cedera dihempap kerangka besi Posted: KUALA TERENGGANU: Lima pekerja binaan cedera apabila kerangka besi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, yang sedang dibaik pulih runtuh dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi. Ketika kejadian, lima pekerja terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemotongan bagi menggantikan kerangka besi lama bumbung stadium itu.
Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan badan. Pekerja yang cedera dikenali sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31. Keadaan kerangka bumbung yang separuh runtuh semasa kerja-kerja memotong dijalankan. FOTO Aswadi Alias
|
Posted: Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. "Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz Fairuz
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |