Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: TAPAH: Dua orang maut apabila sebuah bas ekspres merempuh treler membawa plastik di Kilometer 314 Lebuhraya Utara Selatan, jam 7. 28 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang, Abdul Rahman Noh, 59, maut di lokasi kejadian. Kemalangan turut menyebabkan lima penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
Posted: Kuala Lumpur: "Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal." Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam. Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu. "Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti," kata Abd Walid lagi. ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |