{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


CEMBURU KRONIK

Posted:

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. "Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.


"Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

"Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid," katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.


Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.


"Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

"Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas," katanya.


Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

"Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. "Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami," katanya.


Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan 'pemeriksaan'. "Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Perompak tersalah mangsa

Posted:

Malang bagi seorang daripada empat penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kediaman Pegawai Kanan Kerajaan Assam Kumbang di sini, apabila dia terbunuh akibat terkena berapa das tembakan oleh pemilik rumah berkenaan iaitu bekas timbalan ketua polis daerah di Kedah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang perompak yang bertopeng dan bersenjatakan parang mati akibat ditembak kira-kira 100 meter dari rumah berkenaan ketika cuba melarikan diri bersama rakan-rakannya.


Pemilik rumah berkenaan, Abd Jalil Abd Wahab, 63, iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar berkata, hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila anak perempuannya menjerit meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya bertalu-talu.

"Saya bersama isteri, Azizah Saad, 61, yang terjaga daripada tidur berasa tidak sedap hati dan mengambil pistol yang diletak di tepi almari.


"Sebelum membuka pintu bilik saya sempat melihat paparan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bilik tidur saya untuk memastikan keadaan di luar bilik dan terkejut melihat beberapa lelaki dewasa berdiri di hadapan pintu biliknya.


"Saya jadi berang apabila mendapati penjenayah menjadikan anak saya sebagai 'umpan' bagi memaksa saya membuka pintu.

"Saya membuka pintu perlahan-lahan sebelum melepaskan tembakan ke arah penjenayah yang ketika itu tidak menyangka saya memiliki senjata api," katanya.


Menurutnya, selepas tembakan pertama, dia melepaskan beberapa das lagi tembakan yang dipercayai mengenai penjenayah terbabit.

"Kumpulan penjenayah itu kelam-kabut melarikan diri, tetapi saya tidak bertindak mengejar mereka kerana memikirkan keselamatan anak, menantu serta cucu yang berada di rumah ketika itu. "Saya hanya mendapat tahu seorang penjenayah dipercayai warga Indonesia mati tidak jauh dari rumah saya," katanya yang sudah bersara sebagai polis pada 2005, Sementara itu, anaknya yang dijadikan tebusan, Jazlina Abd Jalil 28, berkata, kumpulan penjenayah menawannya ketika dia sedang tidur bersama suami, Adi Hafiz Yusop, 34, di tingkat atas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat