Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan 'umpan' oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu. Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap. "Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap. "Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita," katanya. KERETA perisai melepaskan tembakan ke arah pengganas di Sungai Nyamuk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14 |
Posted: Bongao (Tawi-Tawi): Sebuah bot peronda memintas dua bot membawa lebih 30 anggota 'tentera diraja' Jamalul Kiram III ketika mereka memasuki perairan Filipina dari Sabah pagi semalam. Ketua Markas Tentera Mindanao Barat Lt Jen Rey Ardo berkata, sebahagian penumpang bot itu bersenjata dan cedera. Katanya, dua bot membawa 32 lelaki bersenjata Sulu melarikan diri selepas diburu pasukan keselamatan Malaysia berada 12.96 kilometer dari Sabah apabila dikesan bot peronda tentera laut. Bagaimanapun, dalam laporan awal, jurucakap tentera laut Lt Komander Gregory Fabic berkata, 32 orang dipintas bot peronda pada awal pagi. ANGGOTA komando polis melakukan rondaan di Kampung Senallang Lama, Semporna, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |