felda air tawar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda air tawar - Google Blog Search |
Melawat ladang ikan Sdr Zainal di <b>Felda</b> Jengka 12 - The Spirit of <b>...</b> Posted: 14 Mar 2011 10:20 PM PDT Sdr Zainal (kiri) dan Suhaimi Said == Selepas ke Matau jam 10.30 tadi untuk menyerahkan sedikit bantuan wang tunai kepada penduduk-penduduk yang menjadi mangsa banjir minggu lepas, saya bersama isteri saya dan Khalia Sh Mohamad, Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau pergi ke Jengka 12 ke Ladang Ternakan Ikan Air Tawar yang diusahakan oleh Sdr Zainal. Saya sudah beberapa bulan tidak ke Ladang ini. Tempatnya sudah berubah. Kolam-kolam ikan sudah bertambah, dan tempat penetasan juga sudah bertambah menjadi sebuah ladang ternakan ikan air tawar yang agak canggih. Ikan-ikan yang diternak disini termasuklah patin, keli, haruan, sepat benua dan lain-lain spesie ikan air tawar termasuk puyu dan ikan ubi. Tempat ini menjadi sekolah ternakan ikan dan pelajar-pelajarnya datang dari jauh dan dekat termasuk daripada IPT. Sdr Zainal cuba juga memelihara ikan tembakang, sejenis ikan air tawar yang sedang pupus, tetapi katanya dia belum mempunyai induk ikan itu untuk dijadikan baka yang boleh dikomersilkan. Saya memberitahu dia bahawa saya ada lebihkurang 15,000 ekor ikan tembakang yang sudah sebesar dua jari dengan 3 ekor induk, dan beliau memohon kepada saya supaya induk itu diberikan kepadanya supaya dapat dibiakkan didalam jumlah yang banyak. Tak hari ini, hari esuk, akan saya hantar induk 3 ekor itu kepada Zainal, dan beliau akan serahkan kepada saya 15 ekor induk ikan sepat kemboja (siam) yang telah disuntik dengan kadar 1 betina 2 jantan. Beliau akan biakkan ikan tembakang dan saya boleh ambil benih-benih itu apabila memerlukan kemudian nanti. Dari Jengka 12, saya terus ke Jengka 22. Disana dapat bertemu dengan Sdr Rosli, Sdr Saiful dan Sdr Roslan. Mereka menyatakan bahawa sebaik sahaja Pilihanraya Kecil DUN Kerdau selesai, Jengka 22 menjadi sunyi sepi. Pelawat-pelawat yang begitu ramai termasuk 2 atau 3 orang Menteri setiap hari tidak lagi menjenguk. Usahkan pimpinan UMNO peringkat atasan menjenguk, pimpinan UMNO Maran yang bertandang di sebelah rumah Rosli semasa PRK itu pun tidak menjenguk, bahkan tuan rumah yang menjadi Ketua UMNO dan Ketua Wanita UMNO juga meninggalkan rumah di Jengka 22 untuk tinggal di luar rancangan Felda. Pimpinan UMNO Kuala Krau dan termasuk Wakil Rakyat baru DUN Kerdau tidak menjenguk mereka lagi. Saiful memberitahu bahawa beliau telah kumpulkan anak-anak muda Keadilan dan selepas musim hujan ini akan menjemput petugas-petugas PKR yang berkempen di Felda Jengka 22 serta petugas-petugas tempatan ke Jengka 22 untuk jamuan kesyukuran. Sdr Roslan memberitahu bahawa sejumlah penduduk Felda Jengka 22 iaitu yang disenaraikan kepada jumlah 260 orang yang dikatakan akan menerima bayaran cess sejumlah RM13,000.00 itu masih belum menerima bayaran masing-masing; hanya sebahagian sahaja daripada jumlah 260 itu sudah menerimanya. Wakil kepada penduduk telah pergi menemui pegawai-pegawai Felda di Pejabat Wilayah, dan pegawai-pegawai juga tidak dapat memberikan kata putus samada wang cess itu akan diberikan kepada mereka yang belum menerima atau sebaliknya. Inilah penipuan UMNO/BN yang sangat ketara! Di Matau dan di Jengka 22, saya telah berbincang dengan Sdr Mat Yee dan Sdr Saiful untuk mengumpulkan tenaga muda dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka selepas Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Negeri Selangor pada 2hb April nanti. Mereka juga bersetuju bahawa kehangatan anak-anak muda didalam melaksanakan kerja PRK Kerdau baru-baru ini tidak akan dibiarkan sejuk, dan akan dipupuk terus untuk menghadapi PRU-13 nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sambutan Maulidur Rasul di Kg. <b>Felda Air Tawar</b> 5 Posted: 07 Mar 2011 03:27 AM PST SALAM.. :) Minggu ni seperti biasa, setiap hujung minggu memang balik kampung.. sempena ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. sambutan maulidur rasul dilengkapkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dimana selalunya majlis ilmu akan diadakan. hmm.. pagi2 6 mac lepas, sy dan mak keluar awal dari rumah untuk ke tempat dimana kita berkumpul bagi memulakan perarakan. tepat 8 pagi, kami berarak menuju ke Masjid Felda air tawar 5. Dengan melaungkan selawat nabi, sy rasa sungguh terharu dan rasa sangat bertuah dapat hidup dimuka bumi Allah s.w.t yang indah ini. sampai je masjid, kami semua masuk kedalam masjid untuk mengambil tempat. majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan sehinggalah selawat beramai ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W kemudian sekitar jam 9 pagi, sesi yang ditunggu2 .. ceramah agama daripada Ustaz/En. Ahmad Mazlan Bin Mohd Ghause. rasanya nama ni tidak begitu asing dikalangan penduduk di Johor Bahru, kerana beliau kerap memberi ceramah dan menghadiri pelbagai majlis ilmu. beliau menyampaikan ceramah dengan begitu yakin dan sy betul2 beruntung dapat menghadiri ceramah tersebut. kita sangat digalakkan datang ke majlis ilmu, kerana pelbagai perkara dan pengetahuan baru yang dapat kita perolehi. tambahan itu, apabila kita berdoa serta berhajat apabila selesai sahaja majlis ilmu, Insha'Allah Allah s.w.t akan makbulkan kerana ketika itu, ada 70 malaikat turun ke majlis ilmu tersebut dan sama2 mendoakan setiap manusia yang hadir ketika itu.. malah nama2 orang yang menghadiri majlis tersebut akan disenaraikan namanya di Arash sana.. indahnya... :) kemudian beliau juga menyampaikan banyak perkara yang sy kurang pasti, setelah beliau sampaikan baru lah sy berasa yakin dan tidak lagi was-was. sy teringat kata2 beliau mengenai dosa2 besar yang kita lakukan. kita pun sendiri tahu macam mana jalan nak syurga. jadi.. jangan lah pilih jalan untuk ke Neraka... neraka bukan tempat biasa ataupun rumah kita yang kita biasa keluar masuk.. tp ia.. hmm tak payahlah sy nyatakan lagi.. beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau mengenai seorang suami (bertugas sebagai guru) yang taat setia pada isterinya.. ia bermula dimana beliau menemui sahabat beliau yang bekerja sebagai penggali kubur dikawasan daerah muar sekitar tahun 1983/1984.. isteri guru tersebut meninggal dunia setelah seminggu penggali kubur tersebut mendapati kubur isteri guru tersebut tersangatlah wangi.. tanahnya berbau wangi.. tiada wangi seumpanya didunia ini.. guru tersebut selalu menziarah kekubur isterinya dan apabila penggali kubur tersebut bertanya sama ada ia telah berkahwin, guru tersebut memandangnya dengan sayu lalu berkata, "saya tidak akan berkahwin dengan mana2 perempuan, kerana saya tunggu isteri saya dipintu syurga".. guru tersebut menangis. Masha'Allah.. guru tersebut sangat sayang kepada isterinya kerana keindahan peribadinya. isterinya tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah ingkar dengan suami.. sy betul2 tersentuh dengan kata2 Ustaz.. ceramah disampaikan dengan sangat berkesan.. hebat sungguh isteri guru tersebut.. semoga mereka berjumpa dipintu syurga,, Amin.. oh ya.. sy ada something nak kongsi.. **kalau orang dah pergi jangan sebut arwah bukan tak boleh, tp kurang tepat... biasakanlah sebut Allahyarham/Allahyarhama kerana apabila sebut arwah.. kita hanya ingat namannya tapi tidak mendoakan.. apabila kita sebut Allahyarham/Allahyarhama.. bermaksud, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.. maka doa itu terus sampai ke pada orang yang telah pergi.. **dosa mengumpat sama dengan 70x dosa berzina.. :( Till then.. |
You are subscribed to email updates from felda air tawar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |