felda besout - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda besout - Google Blog Search |
Peneroka mahu jalan baru <b>Felda Besout</b>-Kuala Slim siap April depan <b>...</b> Posted: 08 Mar 2011 09:40 PM PST Lebih 20,000 peneroka Felda Gugusan Besout, dekat Sungkai meletakkan harapan tinggi agar projek jalan baru yang menghubungkan kawasan itu dengan Kuala Slim sejauh 11 km dapat disiapkan pada 8 April depan selepas dua kali tertangguh sebelum ini. Adun Slim, Datuk Khusairi Talib, berkata hasil tinjauannya di tapak projek baru-baru ini mendapati kontraktor menghentikan kerja pembinaan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pekerja. "Saya harap pihak kontraktor dapat menunaikan janji mereka untuk menyiapkan projek ini pada 8 April depan kerana peneroka Felda Gugusan Besout sudah lama menantikan jalan baru ini. "Sudah dua kali ia tertangguh selepas projek pembinaan dimulakan pada Julai 2008 dan jalan ini sepatutnya siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun sahaja. "Hasil maklumat yang diperolehi, kontraktor mendakwa mereka lambat menerima bayaran dan saya sendiri musykil sejauh mana kewibawaan kontraktor ini. Jika tidak mampu meneruskan projek ini, eloklah mereka angkat bendera putih kepada Jabatan Kerja Raya kerana bukan perkara asing kalau kontraktor disenarai hitam kerana prestasi kerja buruk," katanya kepada Perak Today, hari ini. Beliau berkata, projek ini pada awalnya hanya menelan kos RM46 juta dan setelah ditangguhkan, nilainya meningkat kepada RM50 juta. "Selepas dua tertangguh, nilainya sudah mencecah RM60 juta termasuk bayaran pampasan yang telah dilangsaikan kepada 40 pemilik tanah terdiri dari peneroka Felda Gunung Besout 2, Felda Gunung Besout 3, pemilik tanah pinggir berkelompok, sebilangan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Teras dan tanah milik Felda Plantation," tegasnya lagi. Khusairi berkata, projek ini telah dicadangkan pada tahun 2005, iaitu kira-kira setahun selepas beliau dipilih selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihanraya Umum 2004. Katanya, pembinaan jalan baru itu boleh mendekatkan jarak antara Felda Gugusan Besout dengan Slim River dari kira-kira 50 km kepada hanya 17 km sahaja selain menjimatkan masa iaitu sekitar 15 minit berbanding 45 minit jika menggunakan jalan lama. "Penduduk Felda Gugusan Besout kebanyakannya berurusan di Slim River sebagai bandar pentadbiran kerana di sini terletaknya Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, Hospital Daerah, Pusat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendaftaran Daerah, Pejabat Agama Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim, pejabat bomba, pejabat wakil rakyat, bank, klinik, stesen kereta api dan pasar basah. "Selain itu, ia mendekatkan jarak antara felda ini dengan bandar Tanjung Malim yang menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bandar Proton dan Institut Tadbir Tanah Negara (INSTUN)," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda besout - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |