{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


Cumi dah tua rupanya.... | Cerita-Ceriti Seorang Cumi

Posted: 18 Mar 2011 07:42 PM PDT

Cumi Bin Pak Mail               
Teratak Pak Mail dan Puan Sidah
Felda Chini
Pahang
___________________________________________________________

Pak Mail & Puan Sidah                   
Teratak Pak Mail dan Puan Sidah                 Rujukan Tuan :
Felda Chini                                                   Rujukan Kami : cumi-19/03(85)
Pahang                                                         Tarikh : 19 Mac 2011

Mak & Abah

SURAT PENGHARGAAN DI ATAS SEGALA PENGORBANAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan segala jasa serta pengorbanan mak dan abah adalah dirujuk

2.    Sukacita dimaklumkan, bahawa saya (Cumi) telah pun menginjak usia 26 tahun pada 19 Mac 2011 dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, pihak saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sumbangan kasih sayang, makanan, pakaian, wang saku dan lain-lain keperluan sepanjang saya menjadi anak mak & abah. Ingin ditekankan di sini bahawa saya tetap akan menjadi anak mak & abah sampai bila-bila sama ada dalam dunia nyata atau di alam sana, sama ada saya masih begini atau sudah kaya (amin) dan sama ada saya masih bujang atau sudah berkeluarga (tak sabar dah nak masuk minang budak master tu, 2 tahun lagi...sabar)  Dan sesungguhnya segala pengorbanan yang mak dan abah curahkan tidak mampu untuk saya balas walau segunung emas mampu saya galas.

3.    Pihak saya berharap agar hubungan yang terbina sejak saya di dalam perut mak akan berkekalan sampai bila-bila. Saya mendoakan kesejahteraan buat mak & abah, saya sentiasa mendoakan agar mak dan abah cepat mendapat menantu (yang budak master tu) dan seterusnya mendapat cucu-cucu yang comel (anak kami nanti). Dan sekiranya saya tidak mampu / tidak cukup wang untuk meminang gadis yang dimaksudkan, janganlah mak & abah segan-segan untuk menghulur sumbangan, kerana saya kira dalam keluarga tiada istilah 'berkira'.

4.   Semoga dengan kehadiran surat ini, dapat menyemarakkan kasih dan sayang keluarga kita sementara menunggu dimarakkan lagi dengan kehadiran ahli baru tidak berapa lama lagi. Bukanlah bermaksud saya kemaruk sangat nak kawen, tapi saya kemaruk nak memberi cucu kepada mak dan abah. Sebagai peneman mak dan abah di kala sunyi tatkala kami bekerja mencari rezeki. Saya dapat bayangkan bagaimana kehidupan gembira kita sekeluarga dengan hilai tawa dan esak tangis anak-anak kami nanti. Saya yakin mak dan abah masih ingat yang mak dan abah pernah melalui saat-saat begitu, sungguh indah bukan..

Segala perhatian, kasih sayang dan pengorbanan mak abah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian terima kasih.


1 Keluarga, 1 Isteri Ramai Anak-anak

Yang benar
Cumi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat