{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


Fuziah Gesa Peneroka Tuntut Janji Najib | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 04 Mar 2011 12:30 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA KRAU 4 MAC : Peneroka Felda digesa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh menuntut janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memberi wang tabungan penanaman semula kumpulan tabungan penanaman semula (CES) dan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dijanjikan beliau sebelum 6 Mac ini.

Dakwa Fuziah, Najib yang hadir berkempen di Jengka beberapa hari lalu telah menjanjikan kononnya akan membayar tunggakan bernilai RM13 ribu kepada peneroka Jengka 22 menerusi CES dan RM4 ribu seorang kepada peneroka skim penanaman semula MPOB dalam usahanya meraih undi peneroka di kawasan itu.

"Tiba-tiba ingat kepada peneroka Jengka 22 yang selama ini ada duit CES yang tertunggak sebanyak RM 13 ribu. Kenapa teringat? Kenapa Jengka 22 sahaja? Kenapa
tak teringat semua peneroka CES di seluruh negara. Saya nak cabar BN beri kepada semua sebelum 6 Mac beri duit CES kepada peneroka getah yang tanam semula kelapa sawit di seluruh negara setuju atau tidak?

"RM4 ribu itu hanya boleh dibayar selepas pokok ditebang. (Anda) tahu kan? tapi berani dia menjanjikan. Terdesak dan takutnya dia kepada penduduk Jengka 23. Sekarang tuan-tuan tuntut dia bayar sebelum pokok ditebang,"ujar Fuziah.

Menurut Fuziah lagi, apa yang membimbangkan ialah tawaran Najib jelas bertentangan dengan peraturan MPOB dan hanya akan merugikan peneroka yang menebang pokok mereka segera.

"6 Mac tarikh akhir kita beri pada dia beri duit RM4 ribu MPOB. Tuan-tuan jangan tebang pokok. Sekarang ini harga sawit tinggi RM813 setan. Duit ini hanya diberi bila harga sawit kurang RM400 setan. Saya tahu, dan MPOB semua tahu. Tapi kerana PM takut sangat tak dapat undi dari Felda Jengka 23, itulah tawaran beliau." kata Fuziah di hadapan kira-kira 700 hadirin di Felcra Rumpun Makmur, Kuala Krau malam tadi.

Ini bukan kali pertama Najib berjanji kepada masyarakat Felda, semasa PRK Parlimen Hulu Selangor, tahun lalu beliau berjanji untuk menyelesaikan isu perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, Gedangsa dan Sg Tengi.

Perdana Menteri juga pernah berjanji ketika PRK Tenang bulan lalu apabila mengumumkan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Felda Tenang namun sehingga hari ini tiada tanda-tanda ianya dilaksanakan.

Fuziah menyatakan ini merupakan taktik biasa Umno yang selalu melupakan rakyat dan hanya 'teringat'kan mereka bila menjelang pilihanraya.

"Pilihanraya kecil ini ialah waktu orang Kerdau dapat imbuhan. Selama ini jalan tuan-tuan berlubang, ada BN ingat? Selama ini susah payah tuan-tuan, ada
Najib dan BN ingat? Tapi sekarang PRK, tiba-tiba ingat. Tiba-tiba ingat dan tiba-tiba buat jalan," kata Fuziah.

Justeru beliau menggesa masyarakat Kerdau menjadi lebih proaktif dalam memperjuangkan nasib mereka dan tidak hanya menerima sahaja apa yang disogok dan
digula-gulakan kerajaan UMNO.

"Kita kena tunjukkan bahawa kita sudah berani kepada kerajaan BN. jangan kamu nak gula-gulakan kami, jangan nak beli kami dan kami tuntut hak kami dan bukan
untuk digula-gulakan,"kata Fuziah.

Tv Selangor/-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2011 11:40 PM PST


Belia Nadi Kecemerlangan

Posted: 25 Feb 2011 04:40 AM PST

tik tok tik tok..selama hampir sebulan aku dan kawan-kawan (hakikatnya kawan-kawan aku yang lebih..hehe) urus untuk satu program pencegahan dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Felda Gedangsa..alhamdulillah, termakbul dan terlaksana sudah program yang dicita-citakan..

tak dapat dinafikan..memang banyak selekoh yang perlu kami lalui, dah macam litar drift dah jalan nak ke Felda Gedangsa ni..berbekalkan Myvi Pak Teh Mad yang laju tetapi cute..aku dengan relanya bertugas sebagai driver kepada rakan-rakan terutamanya pengarah program bagi melicinkan proses untuk merealisasikan program yang diangankan..

satu persatu masalah dapat diatasi..akhirnya dapat sejumlah bajet sebagai penaik motivasi untuk meneruskan program yang dirancang..so, berlangsunglah program "Belia Nadi Kecemerlangan" dengan kerjasama Pelajar BnK, Biologi dan Kimia Semester 4, Belia Felda Gedangsa, Belia Felda Negeri Selangor, AADK Daerah Ulu Bernam dan ADUN Ulu Bernam..memang "perghh"..

hari sabtu merupakan hari penetuan..aku tak dapat join kawan-kawan yang lain daripada pagi..sebab ada urusan yang perlu aku selesaikan..pagi tu aku sempat hantar diaorang depan KUO..kira ok la tu kan..ambil berat..hehe..kekuatan fasilitator ada la dalam 15 orang termasuk aku sekali..diaorang bergerak ke Gedangsa hampir jam 7.20 pagi dengan Coster..

program bermula dari pukul 8.00 pagi..slot pertama iaitu Ice Breaking dihandle oleh Otai Rosman yang semangnya power dan hebat..bagi aku Otai Rosman punya kekuatan adalah pada bahagian Energizer sebab kespontanan beliau yang memang spontan.."gua salute lu bro"..

saudara Rosman dan kudanya..haha

dekat dua jam Ice Breaking..aku pun mula bertolak daripada UPSI dengan myvi Pak Teh Mad ke sana..sampai saja di sekolah student semua dah mula minum pagi..makan bihun and minum air teh panas..sempat la aku tengok-tengok diaorang ni..Rosman datang melapor diri kat aku sebab aku secara tidak sengaja dilantik menjadi ketua fasi untuk program ni..nasib je la..hehe..dari laporan Rosman, aku dapat tahu yang student yang ada depan aku ni semuanya lambat panas.."ini yang bikin gua panas dowh"..so takpa aku try jalan-jalan dan tengok gelagat student-student ni..ok, memang nampak macam lambat panas..takpa..nanti aku test..

so, lepas saja minum pagi..aku terus test power..aku guna trademark aku.."check,check".."Brrrrrr"..tengok respon macam ok..cuma mungkin masih malu-malu..aku tak dapat nak merapu lama-lama dengan diaorang sebab AADK dah nak ambil slot..jadi, apakan daya terpaksa aku melepaskan mikrofon secara paksa rela..

Dalam dua jam juga la AADK buat aktiviti yang bagi aku menarik untuk aku belajar..modul yang diaorang persembahkan belum pernah aku alami..alhamdulillah dapat lagi satu modul baru..insya'ALLAH akan aku gunakan bila berpeluang..disebabkan aku takda kerja nak dibuat masa AADK take over..aku pun jalan-jalan merisik pelajar yang hardcore, sebab bagi aku pelajar-pelajar macam ni yang aku perlu kenal pasti dan kawal kalau nak tengok satu energy yang hebat daripada student..ok, dapat detect seorang dua..

lepas AADK habis..aku teruskan slot merapu aku dengan budak-budak..respon semakin baik..tapi masa tak mengizinkan sebab dah tengah hari..aku lepaskan diaorang makan dan lepas tu kami solat Zohor secara berjemaah..yang pasti bukan aku yang Imamkan walaupun aku ada cakap yang aku merupakan "calon imam muda anda" kepada budak-budak sebelum aku lepaskan diaorang makan..alhamdulillah tiada sebarang rusuhan walaupun mereka tahu mereka telah diklepet dengan jayanya..

lepas Zohor aku terus take over diaorang..aku buat energizer yang aku rasa boleh naikkan semangat diaorang..bagi aku mungkin aku berjaya kot..sebab diaorang dah mula seronok..aku pun sangat seronok sebab aku enjoy dengan diaorang..seronok punya pasal aku telah melakukan perbuatan luar kebiasaan bila aku menyanyi depan semua..haha malu kot..tapi alang-alang dah nyanyi baik aku habiskan..bila dah habis aku pun bermonolog "wah sedap juga suara aku ek"..haha poyo jap..

alhamdulillah aku dapat buat satu modul yang aku ubah last minute sebab modul yang dirancang mungkin terlalu boring untuk student yang macam diaorang ni..ok aku berjaya selesaikan siap dengan falsafahnya sekali..lepas tu terus ke majlis penutup yang agak dasyat..sebab YB Dato' nak turun untuk rasmi majlis penutup..walaupun semua fasi dah cuak..tapi muka kami semua tetap maintain hensem dan cumel..itu yang penting..macam-macam yang lawak jadi sewaktu majlis penutup berlangsung..layar putih jatuh la, MC tersilap sebut nama la, budak-budak buat lawak bila ada yang jadi cameraman la..hehe memang lawak dan menyeronokkan..

petang tu aku balik dengan keletihan tapi memang aku puas sangat sebab berjaya handle program bersama kawan-kawan yang lain..banyak yang aku belajar daripada diaorang..dan aku harap aku dapat lagi join program-program macam ni selalu..sebab aku yakin jiwa aku ada disini..semakin ramai aku kenal semakin aku mengenali diri sendiri..

di kesempatan ini..saya Khudree Adha Bin Che Ahmad Bin Zain Bin Khamis dan yang seterusnya..ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan otai fasilitator sebab sudi join program yang tak seberapa ini..sorry kalau hampa semua tak dapat peluang untuk handle modul sebagai Core Faci kat depan..kalau ada salah silap..sudi-sudi la maafkan yer..

antara barisan fasilitator..yang lain tengah angkat barang kat belakang tu..hehe

Yang Punya Blog,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat