{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ijok - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ijok - Google Blog Search


Pelumba thai : Blog Umno Larut :: Umno Perak

Posted: 12 Mar 2011 06:43 AM PST


























Beribu Orang membanjiri FELDA, Ijok pagi tadi untuk menyaksikan majlis perasmian perlumbaan 4X4 dan Motorcross Road to Kubu Gajah Chellange Trophy 2011, selama dua hari.

Pada mulanya Peserta dari Negara jiran, Thailand dijadualkan mengambil bahagian, tetapi membatalkan pada saat-saat akhir ekoran pergolakan politik yang sedang melanda Negara tersebut.

Begitupun, perlumbaan tetap meriah dengan kehadiran peserta-peserta dari seluruh Negara. Menariknya lagi buat pertama kali dianjurkan pertandingan Motorcross di kalangan remaja.

Ketika berucap meresmikan Perlumbaan tersebut yang kali kedua diadakan di DUN Kubu Gajah, program itu akan diadakan sebagai acara tahunan untuk menarik lebih ramai orang datang ke DUN Kubu Gajah.

Pada tahun 2012 kebetulan sambutan Ulangtahun Jubli Emas FELDA, Ijok perlumbaan akan diadakan lebih meriah lagi sekitar pada bulan Julai.

4X4 Road to Kubu Gajah, juga diharap akan diterima oleh Pengurusan FELDA Pusat sebagai satu-satunya acara tahunan dalam Rancangan Tanah tersebut.

Ia turut disambut baik Pengurus FELDA, Ijok, Aziz Mat Isa yang sentiasa memberikan komitmen, penganjuran perlumbaan tersebut di FELDA, Ijok.

Saya juga berharap sukan lasak akan menjadi minat ramai, terutama di kalangan remaja bagi mengisi masa lapang mereka.

Diharap sukan ini juga akan dapat dikembangkan kepada rakyat Malaysia dengan sokongan semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN).

4X4 ini juga diharap tidak hanya disertai oleh kalangan mereka yang berkemampuan, tetapi juga para belia dan melalui Kelab-Kelab yang ditubuhkan ia dapat memberi bimbingan kepada kumpulan ini.

Pada majlis terssbut juga generasi kedua di kalangan Peneroka FELDA disarankan menyertai Askar Wataniah sebagai usaha menggalakan lebih ramai rakyat menyertai pasukan Sukarelawan.

Panglima 2 Briged, Brigadier Jenaral Datuk Zulkifli bin Mansor yang turut hadir juga menyatakan kesediaan pihaknya membantu penubuhan Askar Wataniah di FELDA, Ijok.

Bersempena dengan perlumbaan itu, turut juga diadakan ialah pameran pelbagai Jabatan Kerajaan termasuk Angkatan Tentera dan Kesihatan yang memberikan perkhidmatan percuma.

Penduduk tempatan juga mengambil kesempatan berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh pihak Penganjur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN KUBU GAJAH: Melawat

Posted: 09 Mar 2011 06:34 AM PST




Seperti biasa bila Saya ke Rancangan Tanah FELDA, Ijok Saya akan melawat Warga Emas yang uzur dan menyampai sedikit sumbangan.

Petang tadi, Saya ke rumah Warga Emas, Fatimah binti Nnordin,76 tahun yang juga Ibu Tunggal terlantar sakit di FELDA peringkat Tiga.

Beliau yang ditemani oleh salah seorang daripada cucunya itu begitu terharu dengan kunjungan Saya.

Fatimah adalah seorang yang cukup aktif dalam kegiatan Kemasyarakatan dan begitu disenanggi oleh Peneroka FELDA kerana silapnya yang begitu ramah.

Saya akan meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Larut, Matang dan Selama untuk membantu membiyai kos perubatannnya.

turut sama dalam lawatan tersebut ialah ketua kampung Felda Ijok Haji Shukor Bin Haji Jaman

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat