{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kahang - Google Blog Search


FiQ OnLinE: Buat aduan jika tidak puas hati dengan saman ekor anda.

Posted: 14 Mar 2011 08:08 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.

"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Posted: 14 Mar 2011 02:38 AM PDT

Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu

Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu

KLUANG 13 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.

"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat, di sini hari ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka.

Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun.

Dalam pada itu, Hishammuddin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau.

Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef Abdulaziz Al-Saud.

"Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah.

"Semua ini merupakan fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," jelasnya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat