{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


Akan Datang | Nurhazrin + Yusmalina | 04/03/2011 | <b>Felda Kemahang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2011 04:39 AM PST

About naim rahmad


Meminati seni fotografi, videografi, rekabentuk grafik, 3D modeling dan senibina. Merupakan seorang self-taught photographer. Berasal dari Langkawi, Kedah dan kini menetap di Jempol, Negeri Sembilan. Mempunyai latarbelakang dalam bidang senibina

B.Sc in Architectural Studies (Hons) (IIUM), 2004 & B. Architecture (Hons) (IIUM), 2006

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Miecyber&#39;s Blog: <b>Felda</b> diarah bayar RM11j

Posted: 21 Jan 2010 06:15 PM PST

PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, menolak rayuan Felda.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap semua peneroka.


Hakim Zaki berkata, tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan.


Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.


Felda mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

Jumlah berkenaan meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka menerima pampasan RM30,000.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu sudah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi. Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim sudah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.


Di dalam writ saman terbabit, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil buah sawit.


Ketika prosiding, kira-kira 200 peneroka hadir di mahkamah Istana Keadilan di sini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat