felda kemahang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kemahang - Google Blog Search |
Teh Tarik Gelas Besar: UK vs USA Posted: 11 Mar 2011 09:59 PM PST "Nami,kau ni asyik cerita tak pasal politik kutuk-kutuk serbanistas,kau tulis cerita jiwang.Kau ni dah tak anak muda la!cerita la pasal muzik pulak,poyo la asyik cerita sendu-syahdu syahdan ni - tau la kau desperate nak ada awek tapi lek la,citer pasal muzik pulak!" - ubermench aku bersuara pagi tadi memikirkan apa yang harus ditulis dalam blog.Nasib baik dia tak suruh letak asid kat tangan macam Tyler Durden suruh buat kat Fight Club. Aku nak bertanya kat korang la - which English music scene yang korang prefer - UK or USA?OK Aussie agak besar juga tapi it's like Aberdeen at Scottish Premier League.In the end it's Celtic vs Rangers jugak. Well - selalunya bagi aku - music yang agak best ialah dari UK berbanding dari USA.Lecturer aku pernah cakap UK-USA ni macam Greek dan Rom - Greek yang mengasaskan - Rom yang mengglamerkan - macam tu lah.But honestly - dari Liverpool ke Seattle - dua negara ini adalah penggempur muzik modern djaman pasca Perang Dunia Kedua.Rivalry antara dua negara ini dalam muzik sebenarnya sangat dalam especially di UK - they're proud with their own song. Honestly - Amareka ialah negara yang takde budaya sendiri.Jika Indonesia sibuk maki Malaysia negara maling - Amareka lagi memaling budaya-budaya Eropah khususnya Britain.Semalam aku baru tengok satu cerita Martin Lawrence(pelakon Big Momma,bukan Bik Mama) yang berlakon cerita yang termasuk ke djaman King Arthur.Well,basicly dia kat USA berdasarkan black American English Accent dia tu dan masuk ke djaman King Arthur.Kenapa tak masuk ke djaman George Washington atau Thom Jefferson? But to be fair - ada jugak USA yang best.Sonic Youth,Black Flag,Reagan Youth dengan Earth Crisis scene New York Punk yang sangat awesome.Begitu juga dengan scene DC seperti Bad Brain,Minor Threat dengan Scream.Banyak lagi muzik punk yang best kat US ni selain Rancid,Operation Ivy atau NOFX.Scene Gilman Street are not bad as well.Tapi pokok pangkalnya - walaupun di Amareka punkers dia agak cool - tapi tetap tak boleh lawan UK - adakah pembaca bersetuju di sini? Well - kita semua tahu bahawa Amareka naik dahulu melalui Elvis Presley apabila industri radio dalam muzik mula berkembang.Sebelum itu muzik sudah ada tapi ia belum menjadi industri yang besar.Kita tahu ideologi Amareka ialah kapitalisme - dan pada masa itu - segala yang ingin dilakukan - mesti dilakukan secara luas dan global - tak global tak Amareka la.Dari sini datang pemikiran Republikan yang kata "seluruh dunia memerlukan Amareka maka Amareka negara paling penting dalam dunia".Hak tuih,ini adalah negara penghutang paling besar di dunia - nak cakap dia paling penting pulak. Anyway - gelombang rock and roll selepas Elvis Presley - tiba pula gelombang dari Muara Sungai Mersey - di Liverpool.Fab Four The Beatles - telah membuktikan bahawa Great Britain masih lagi great dan awesome walaupun supremacy ekonomi,politik dan sosial telah ditakeover Amareka.The Beatles menguasai dunia dan kemudian ditambah lagi sebuah lagi band best - The Rolling Stones. 70-an adalah era punk.Sex Pistol - sekali lagi dari UK memukul gelombang punk ini walaupun sebelum ni ada gak banyak band proto-punk dari USA.Selain itu muncul band-band UK seperti The Clash dan Buzzcocks.Kemudian selepas kematian Sid Vicious - band-band post-punk muncul lagi seperti Joy Division,Echo and the Bunnymen,Gang of Four dan macam-macam lagi.Pendek kata - scene tahun 70 dan 80an dikuasai oleh UK sepenuhnya.Kemudian bila Ian Curtis mati - timbul pula scene dari Madchester - Stone Roses,Happy Mondays,The Smiths,Inspiral Carpets dan James.Oh yeah - 24 Hours Party People,Sally Cinnamon,Elephant Stones,Meat Is Murder - peh,scene Madchester memang power walaupun time tu team bola Manchester United tak sepower Liverpool time tu.Well,masa djaman Beatles - Matt Busby pulak power - saing-saing Bill Shankly.Well - fan Manchester United harus tahu bila Bill Shankly meninggal - Matt Busby punya sedih dan depressed sampai tak nak cakap dengan sesiapa.Macam tu punya akrab dulu Liverpool dengan Manchester United. Tu gua belum petik Pink Floyd lagi.Tu dewa segala muzik tu.Belum cerita Queen.Peh - UK scene music memang epic! Sehingga Seattle sound pula menggegar dunia.Kali ini Amareka pula yang menguasai scene muzik.Tatkala Farouk Bulsara aka Freddie Mercury meninggal kerana HIV+ - pada masa ini grunge pula yang timbul.Bermula dengan Screaming Trees kemudian oleh Mudhoney - kemudian selepas itu Nirvana meletup di seantero dunia.Dari Reading ke Felda Kemahang 8 - semua anak muda kenal siapa itu Cobain.Tetapi penguasaan Amareka tak lama - kerana Kurt menembak kepalanya sendiri akibat membunuh diri pada usia 27 tahun. Selepas Kurt Cobain menembak diri - persaingan antara Californian punk-rock revivalist dari Gilman Street seperti Green Day dan Rancid bertembung pulak dengan Britpop - semasa itu Oasis,Blur,The Verves,Ocean Colour Scene dan juga Suede. Well - after all these while - persaingan antara dua negara - US dan UK sangatlah dominan,kadang-kadang je negara lain masuk mencelah.Tapi dua tahun ni - satu negara je yang obviously a winner. Canada. Who? Justin Bieber. notakaki:Ez,Aril - Canadian created so many good things - maple syrup,BlackBerry,and great ice-hockey.Also got a great musician like Neil Young,Alanis Morrisette and Propagandhi.Oh arwah Elly pun big fan of Avril Lavigne.But Justin Bieber? This is how Canada rules the world? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda kemahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |