felda kemahang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kemahang - Google Blog Search |
Pemuda PAS Wangsa Maju: 766 peneroka Serting saman <b>Felda</b> RM200 juta Posted: 19 Mar 2011 11:04 AM PDT Sebahagian peneroka Serting bersama peguam selepas memfail saman terhadap Felda. SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam. Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka. Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda. "Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda," kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily. Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3. Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar. Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu. "Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan," katanya. Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9148 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda kemahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |