Felda kepis - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda kepis - Google Blog Search |
<b>Felda kepis</b> - Google Blog Search Posted: 12 Mar 2011 03:06 PM PST
KUALA PILAH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya di rumah mereka di Felda Kepis, dekat sini, bulan lalu. | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Mohd Hirman Sah Sohaimi, 28, yang memakai baju lokap biru dan berseluar ungu itu tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Muhammad Hafiz Mohd Noor. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, Mohd Hirman didakwa menyebabkan kematian Jemelah Muhamad, 54, di rumah bernombor 334, Blok 3B, Felda Kepis, Kuala Pilah, kira-kira jam 8 malam, 18 Februari lalu. Berikutan itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Muhammad Hafiz menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 1 April depan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan dan pemantauan lanjut di wad psikiatri hospital ditetapkan. Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita warga emas itu merintih kesakitan dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah selepas menjadi 'korban' anak lelakinya di rumah mereka di Felda Kepis, Bahau. - Mymetro |
You are subscribed to email updates from Felda kepis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |