{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>Felda kepis</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2011 03:10 PM PDT

KUALA PILAH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya di rumah mereka di Felda Kepis, dekat sini, bulan lalu.

Mohd Hirman Sah Sohaimi, 28, yang memakai baju lokap biru dan berseluar ungu itu tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Muhammad Hafiz Mohd Noor. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hirman didakwa menyebabkan kematian Jemelah Muhamad, 54, di rumah bernombor 334, Blok 3B, Felda Kepis, Kuala Pilah, kira-kira jam 8 malam, 18 Februari lalu.

Berikutan itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Muhammad Hafiz menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 1 April depan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan dan pemantauan lanjut di wad psikiatri hospital ditetapkan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita warga emas itu merintih kesakitan dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah selepas menjadi 'korban' anak lelakinya di rumah mereka di Felda Kepis, Bahau. - Mymetro

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat