{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Cerita Kedai Kopi: Jack Sparrow keturunan Merong Mahawangsa.

Posted: 13 Mar 2011 12:57 AM PST

Hi dan Assalamualaikum Drinkers!

Dah lama dah gua tunggu-tunggu pilem KRU ni keluar. Memang gua tergedik-gedik jugak nak tengok citer nih. Dah heboh semua cakap "Inilah filem terbaik yang pernah Malaysia hasilkan!", "Inilah Penanda Aras Industri Perfileman Negara Kita!".


Boo! Pergi mati dengan suma tu. Gua rasa cerita Merong Mahawangsa tu takda la superb sangat. Setakat nak tengok hepi-hepi bolehla. Terus terang gua cakapkan, Malaysia tak mampu buat filem yang ada efek CGI yang osem.

Gua sangat tak boleh blah kalau kualiti gambar tak cun, walaupon jalan cerita cun. Sebagai contoh, kalau mendownload movie. Bagilah cerita yang hot sekalipon, kalau kualiti movie hanya TS, sumpah gua tak download. Bagi gua dari mata barulah turun ke hati. Tak ke gitu.

Gua tak nafikan jalan cerita cantek. Simple dan mudah difahami. Pelakon-pelakon jugak not bad. Maksud aku pelakon2 utama.

Gua ada soalan cepumas nak tanya budak-budak KRU nih. Mana lu orang kutip pelakon-pelakon tambahan yang jadi askar perang tu. Mat Rempit mana lu orang angkat ni. Mesti Mat Rempit felda nih. Tak Felda Keratong, Felda Jengka.

Lawak-lawak sarkastik English yang Stephen Rahman tu cakap, gua takda masalah nak tangkap. Tapi gua nampak sangat macam nak buat lawak sangat-sangat. I mean, takda siapa boleh celen Malaysia buat filem lawak dan hantu. Seram komedi? Gua rasa Malaysia je yang buat filem seram komedi.

Kalau lu orang perasan lah kan, watak Merong Mahawangsa ni lebih kurang je dengan Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean. Cuma Merong lagi taf la siket. Dan Jack Sparrow lebih sarkastik. Tapi gua tak nafikan mungkin Jack Sparrow keturunan Merong Mahwangsa jugak. Siapa tahu?


Gua kutuk banyak pon tak guna. Dah tengok-tengok dah. Dah bayar tiket bayar dah. Cuma gua harap lepas ni tolong upkan CGI. Kamon lah, setakat CGI pon tak boleh nak buat ke? Semua dah buat 3D lah!

Eh ada satu lagi. Part yang gua tak boleh blah. Time Merong naek atas tempat baywatch tu sangat bodoh. Ala, time Geruda serang tapak khemah orang China tu. Part port baywatch tu jatuh semua skali boleh terkena pastu mati. Sumpah bodoh!

OKlah. Kalau nak lebih-lebih lu orang pi tengok sendiri kat wayang. Oooowh, gua bayar RM10 tengok wayang pastu nak cerita balik semua kat lu orang. Seronok ah camtu. Bai!

Rating : 7/10

 
Bon Appétit, KairelKeflee Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat