{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


Presiden Pas diserang di <b>Felda</b>... UMNO Dungun naik sawan! | IklanMudah

Posted: 20 Feb 2011 12:15 AM PST

Di perhimpunan Warga Felda Terengganu yang diadakan di Gugusan Felda, Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Paka, Terengganu mencatatkan sejarah keaiban tersendiri.

Program yang diadakan selepas solat jumaat itu yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu dibawah Lajnah Peneroka & Tanah Wilayah Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) pada peringkat awalnya berjalan dengan baik tanpa ganguan. Program bermula dengan sessi perasmian dengan ucapan YB Datuk Tengku Hassan selaku Tim. Lujnah Peneroka & Tanah wilayah Pas Terengganu, diikuti dengan ucapan Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman dan perasmian oleh Tim. Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Program yang dihadiri oleh lebih 500 orang peserta dari peneroka gugusan Felda berdekatan berjalan dengan baik. Sessi pembentangan diadakan oleh Pengerusi Lajnah Peneroka & Orang Asal PKR Pusat iaitu Tuan Haji Suhaimie Said. Berdasarkan pengalaman beliau dan pembentangan yang jelas member semangat baru kepada peneroka dalam memahami dan menuntut hak-hak mereka sebagai peneroka. Kertas pembentangan beliau itu diulas oleh Sdr Abdul Rahman, selaku wakil peneroka dari Felda Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Penyalaras saman Felda.

Mazlian Aliman selaku Pengerusi ANAK
Sessi Pembentangan di petang Jumaat

Peserta khusyuk mengikuti pembentangan
Selepas dialog selesai, seramai 135 orang warga Felda Gugusan Kerteh 1-6 akan memfailkan Saman kepada pihak Felda diatas kegagalan Pihak Felda untuk menyerahkan kembali duit caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 yang gagal dipulangkan semula oleh pihak Felda. Seramai 26 orang pula dari Felda Kerteh dua akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan geran hak milik mereka yang hingga kini masih belum dikeluarkan meskipun mereka telah lama melangsaikan hutang mereka.

Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh Pihak Felda dan pihak UMNO didalam gugusan Felda tersebut. Bagi UMNO, Felda merupakan talian hayat politik mereka. Mereka cuba sedaya upaya agar rakyat tidak mendengar penjelasan dan penerangan dari Pas. Sehari sebelum Konvensyen Himpunan Warga Felda itu diadakan, mereka sudah menyebarkan pelbagai risalah fitnah terhadap Pas dan khususnya terhadap Mazlan Aliman yang dilabelkan sebagai " Pengkhianat Negara". Para peneroka diugut agar tidak menghadiri program anjuran Pas tersebut. Nampak sangat gelabah dan rasa takut mereka dengan perkembangan kebangkitan peneroka yang sudah memahami hak-hak mereka.

Pada malam tersebut satu Ceramah Umum sempena Himpunan Warga Felda itu diadakan ditapak Konvensyen tersebut. Ceramah yang membariskan penceramah dan pimpinan seperti Pengerusi Dun Paka, Mazlan Aliman, Cikgu Normala Sudirman, Saifuddin Nasution dan Ucapan utama oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Banguna Dewan Sekolah di Belakang menjadi tempat serangan & ganguan UMNO
Tetapi amat malang dan memalukan, apabila pihak UMNO memperalatkan FELDA dengan tergesa-gesa menganjurkan Forum Maulidurrasul di Dewan Sekolah Felda Kerteh satu yang bersebelahan dari tapak ceramah Pas. Bermula jam 9.30 malam maka pertembungan pembesar suara dari kedua belah pihak sehingga ke 12 malam. Mereka mensabotaj dan menyerang kepimpinan Pas dan memuji UMNO sepanjang forum tersebut. Walaupun program mereka didalam dewan dan dihadiri oleh sebilangan kecil peserta dikalangan wanita dan kanak-kanak termasuk veteran UMNO tetapi mereka menghalakan 4 horn speaker kearah pentas Pas. Banyak tempat dalam gugusan Felda itu kenapa dipilih berdekatan dengan program Pas. Banyak hari yang ada untuk forum Maulidurrasul, kenapa dipilih malam yang sama. Pihak Polis sendiri membantah tetapi pihak UMNO masih lagi keras kepala untuk mengadakan disitu. Program itu turut sama dihadiri oleh Ahli Parlimen Matulidi. Ia menggambarkan betapa pimpinan UMNO dah naik sawan akibat kebangkitan semula rakyat untuk member sokongan kepada Pas dan merampas kembali Terengganu daru tangan UMNO dalam pilihanaraya ke 13 nanti. Bahkan ramai dari kalangan UMNO sendiri terasa malu apabila sikap sombong, angkuh dank eras kepala pimpinan mereka yang nak berlawan dengan program PAS.

Walau bagaimanapun program Pas tersebut berjalan lancar dengan kehadiran melebihi 6 ribu pendengar yang ingin mendengar penjelasn dan penerangan dari pimpinan Pas secara live. Semoga ianya menambahkan lagi gerakan PGU (Pas Ganti UMNO) di Terengganu.-/ Oleh Ust Saiful Bahri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat