{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kota gelanggi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kota gelanggi - Google Blog Search


Kemalangan Jalan Raya: Malang Petugas <b>Felda</b> Agricultural Sdn. Bhd

Posted: 13 Mar 2011 06:39 PM PDT

JERANTUT – Enam petugas Felda Agricultural Sdn. Bhd. yang baru pulang dari tugasan luar di Johor, menerima nasib malang apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri berdekatan Felda Kota Gelanggi 1 dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, penumpang belakang, Mohd Fizal Ismail, 27, dari Felda Kota Gelanggi 1, maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Saad Ab Wahab, 28, meninggal dunia di Hospital Bandar Pusat Jengka akibat kecederaan dalaman yang serius.

Dua daripada mereka cedera parah iaitu Muhammad Asri Ishak, 32, dan juga pemandu kenderaan, Azizi Mat Tuah, 47, manakala dua lagi penumpang iaitu Mohd Shahril Amirul Mohd Nor, 21 dan Muhammad Taufik Mohd Zulkefli, 20, hanya cedera ringan, dengan masing-masing menerima rawatan di Hospital Bandar Pusat Jengka.

Saksi mahu dikenali sebagai Khairun berkata, dia melalui kawasan tersebut untuk pulang ke rumahnya, namun terkejut apabila mendapati pacuan empat roda Toyota Hilux itu terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya, untuk melihat apa yang berlaku sebelum memberikan pertolongan awal menyelamatkan mangsa.

"Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku, namun dalam perasaan cemas dan ketika hujan lebat itu, saya bantu juga mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Hanya ada seorang yang tinggal tidak dapat dikeluarkan berikutan ia tersepit ditambah kedudukan Hilux itu yang terbalik menyukarkan lagi bantuan awal diberikan," katanya di sini.

Sementara itu, pemandu kenderaan tersebut, Azizi Mat Tuah, berkata, mereka dalam perjalanan pulang menghantar Mohd Fizal ke rumahnya, setelah selesai tugasan luar di Segamat, Johor, sebelum menghantar petugas FASB yang lainnya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sepantas kilat itu berpunca daripada terlanggar lopak air atas jalan, seterusnya menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit di kiri jalan.

"Mohd Hafizal petugas pertama yang mahu dihantar pulang namun kejadian itu tidak diduga berlaku.

"Kenderaan kami berpusing sebelum menghentam pokok dan terhenti dengan kedudukan kenderaan terbalik ke atas. Hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika itu dan hanya mampu bertindak menyelamatkan diri masing-masing," katanya di sini.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang mati dalam kejadian itu antara kakitangan FASB yang baru disahkan jawatan dalam perkhidmatannya.

Satu jam keluar mayat mangsa

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba Penyelamat Jerantut, Osman Malek berkata, bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di kedudukan belakang kenderaan tersebut.

Menurutnya, bantuan orang awam turut digunakan untuk membuka pintu kenderaan yang remuk teruk, selain memotong beberapa bahagian kenderaan untuk membawa keluar mangsa.

"Penumpang cedera lainnya terlebih dahulu dihantar ke hospital oleh orang awam yang datang membantu, manakala mayat mangsa tersepit yang dikeluarkan di hantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Zakaria Kassim berkata, kemalangan maut yang berlaku itu antara kes ketiga dicatatkan berlaku bulan ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan kenderaan dinaiki diperiksa dengan baik, dan juga memastikan memandu dalam keadaan bersedia.

"Faktor cuaca tidak menentu juga ditambah hujan lebat kini boleh menjadi penyebab kenderaan hilang kawalan dan berlakunya kemalangan jalan raya. Justeru, pengguna jalan raya diminta untuk lebih berwaspada dan memandu dengan lebih berhemah serta berhati-hati, khususnya ketika waktu hujan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat