Felda pasoh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda pasoh - Google Blog Search |
penanggah.blogspot.com: FUTSAL.. ANTARA REALITI DAN FANTASI.. Posted: 02 Mar 2011 06:47 PM PST Fuhh!!!.. dah lama rasanyer gua tak main futsal ni.. kalau tak silap gua kali terakhir gua main futsal ni pertengahan tahun lepas.. masa tu gua mewakili team Togo pada kejohanan piala dunia futsal 30 sebelah di Australia Barat.. tapi selepas team kitorang tewas mengejut dengan pasukan kampung Merapoh 123 berbalas 0.. ketaksuban gua terhadap futsal tiba-tiba jatuh merudum.. gua menjadi trauma.. dengar jer perkataan futsal badan gua pasti akan menggigil seperti terkena renjatan letrik 367.98 megawatt.. Dan entah macamana hari Ahad lepas team kitorang telah dipaksa hadir ke majlis pecah tanah pada kejohanan futsal jemputan antara media sempena Hari Wilayah kat Bandar Baru Sentul.. dan dengan persiapan yang begitu rapi serta berbekalkan senjata berat seperti pelancar roket dan bom tangan serta kereta kebal 24 tayar.. team kitorang pun tanpa ragu-ragu dan pilih kasih terus menerima undangan ajak-ajak ayam tersebut dengan penuh riak.. Pada perlawanan pembukaan.. team kitorang telah dipaksa untuk menentang team Astro.. walaupun team Astro ni tidak hadir pada kejohanan tersebut.... perlawanan tetap diteruskan bagi menghiburkan para penonton yang sanggup beratur dari awal pagi semata-mata untuk menonton perlawanan kitorang.... dan belum sempat pengadil perlawanan meniup wisel permulaan.. team kitorang dengan wajah yang agak garang dan bengis tanpa segan silu terus meluru.. menyerang dan mengasak bertubi-tubi ke kubu pasukan Astro.. Dan pada minit ke 74.. setelah berhempas pulas menyerang ke kubu team Astro dari kiri dan kanan.. atas dan bawah gelanggang.. akhirnyer gol yang dinanti-nanti pun menjelma.. apabila Apis Sakmi yang tidak dikawal telah melakukan satu larian solo dari tempat letak kereta.. lalu melakukan satu rembatan kencang dari luar gelanggang dan bola plastik itu pun terus menerjah kegawang team Astro yang tidak dikawal.. Manakala pada minit ke 86 pada puluh masa kedua.. sewaktu pengadil sedang leka berbual dengan penonton.. gua pun secara senyap-senyap terus melakukan satu sepakan lencong.. namun rembatan gua tersebut telah tersasar lalu terkena palang gol team Astro.. ini membuatkan gua begitu frust macam nak gila.. lalu gua pun menyalakan api untuk membakar tiang gol team Astro tersebut sebagai tanda protes.. namun seorang pak polisi berpangkat kopral tiba-tiba muncul dengan motorsikal hondacup beliau di tepi gelanggang futsal tersebut dan ini membuatkan niat jahat gua pun terus terbantut.. Selang beberapa jam.. sekali lagi Apis Sakmi yang turut dibantu oleh Rizal Minggo dan Nuek Haikal secara senyap-senyap telah melakukan satu serangan hendap ke kubu team Astro.. dan tanpa rasa bersalah diorang telah berjaya melakukan beberapa lagi jaringan hatrik ke pintu gol team Astro.. dan jaringan 20 - 0 tersebut kekal hingga ke masa tambahan.. sebelum pengadil menamatkan perlawan yang begitu sengit tersebut dengan wajah yang berseri-seri... Tanpa sempat berehat.. seterusnyer team kitorang kena lawan plak dengan team Karangkraf.. gua ingatkan team ni takut jugak nak datang macam team Astro... rupa-rupanyer team ni rajin ler plak.. last-last minit tetiba terpacul jer.. apa lagi memang tak sempat ler kitorang mengatur strategi.. pada minit awal perlawanan memang team kitorang diasak bertubi-tubi namun dengan berkat tangkal tok bomoh Usin Cendol.. gerakan merbahaya team Karangkraf dapat kami patahkan dengan begitu mudah dan bersahaja.. Setelah bertarung selama beberapa jam.. dan sewaktu kami sedang syok mengusya beberapa orang awek cun kat tepi gelanggang.. tanpa disedari team Karangkraf secara rahsia telah berjaya menjaringkan 10 bijik gol dalam masa beberapa minit.. walaupun team kitorang cuba memprotes diatas penipuan team musuh tersebut namun aduan kami tidak diendahkan oleh pengadil perlawaan yang turut sama mengusya awek-awek cun disekitar gelanggan tersebut... Kecewa dengan kekalahan mengejut tersebut.. team kitorang pun meninggalkan gelanggang futsal tersebut dengan seribu kepedihan.. malah Nuek Haikal serta Rizal Minggo yang begitu frust diatas keputusan itu juga dilihat meluru keluar gelanggang untuk merebut air tin 100 plus yang diberikan oleh pihak penganjur dan gua yang turut sama kecewa terus mengistiharkan untuk bersara wajib dari arena futsal ni... dan beralih kepada permainan tarik upih yang dilihat agak lebih mencabar fizikal dan mental.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PERSATUAN BELIA GLOKAL <b>FELDA PASOH</b> 3: KEJOHAHAN CATUR TERTUTUP <b>...</b> Posted: 22 Jun 2009 08:33 AM PDT [unable to retrieve full-text content]SEMUA WARGA PASOH 3 DIJEMPUT MENYERTAI KEJOHANAN INI. DIJALANKAN SECARA SISTEM SWISS. YURAN RM5/PESERTA. HADIAH WANG TUNAI, MEDAL DAH HAMPER. UNTUK TEMPAT PERTAMA HINGGA KE LIMA. Posted by BELIA GLOKAL FELDA PASOH 3 at 8:33 AM ... |
You are subscribed to email updates from Felda pasoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |