{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda selancar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda selancar - Google Blog Search


Merepek.Mengarut.Meroyan ᏗᎷᎥᏋᎩ - ツ: Aku Anak <b>Felda</b>

Posted: 15 Mar 2011 12:23 AM PDT

Kadang-kadang rasa nak marah pada kawan-kawan Amiey sendiri yang mengatakan Anak Felda terlalu manja , semua benda "Kerajaan" nak bagi . Hakikat nya Apa korang tahu ? Korang duduk Felda ke ? Nampak macam mana Mak dan Arwah Abah Amiey kerja keras dekat felda ini ?

Isu - Tanah 10 Ekar Free

Takde benda dekat dunia ni free , korang nak pegi toilet pun berbayar . Hal tanah ini , Arwah abah dan Mak cerita dekat Amiey sendiri . Macam mana diaorang teroka hutan dalam Pahang ni , Tebang balak , berjaga dari harimau . Kalau tengok cerita "Lurah Bilut" tu , masih nampak air mata mak teringatkan Arwah abah .

Dah habis buat kerja tu . Tanah di agihkan kepada 10 ekar sorang . 9 ekar dusun dan 1 ekar rumah . Tapi jangan kata free !!! Kami kena bayar tiap-tiap bulan hasil tolak dari hasil jualan getah dan kelapa sawit . - Masih free ke ?

Harga Getah RM16 sekilo 

Jujur cakap Hanya Propa sahaja . Kalau betul pun , Kalau hantar stor (tempat jualan getah bagi peneroka felda) tolak bayaran lori dan upah penoreh , separuh daripada tu di tolak untuk bayar bill lagi seperti geran tanah , baja dan lain-lain berkaitan felda . So korang rasa tinggal berapa ? Amiey berani cakap Mak dapat baru-baru ni RM300 je SEBULAN !!! sewaktu harga getah paras RM16 sekilo . 

Korang duduk bandar , apa tahu time hujan getah nak toreh macam mana . time panas susu tak ada . Masih kaya ke kami ?

Anak Felda Dapat Bantuan Kewangan Belajar

Sejujurnya Amiey tak rasa itu duit kerajaan , ini bukan PTPTN menggunakan duit cukai dari rakyat . Ini duit Felda , hasil titik peluh Mak , Ayah Kami . menoreh getah , ambik sawit . 

Kalau iya pun korang tengok ada peneroka yang agak berada . Mungkin dia pandai berniaga  , Bertani , Ternak Lembu , Kambing . Tapi itu duit sendiri , atau pinjaman .

Rumah Felda Batu .

Singkat kan Pinjaman buat rumah batu :-

Rm 70K dan Rm 80K .Mak Amiey tak dapat ~ sekian

Adoi ~ korang duduk bandar jangan lah dengki dengan kitaorang felda . Tapi Amiey tetap bangga jadi Anak Felda , walaupun ramai buat hal macam rempit , bohsia , mat pet tapi itulah dekat bumi mana yang manusia dia semua sempurna ?

Kenapa tak bercakap tentang ada anak felda yang jadi doctor , guru , dapat 10A (tahun 2003 sekolah amiey tapi bukan Amiey) hihi perasan jap >.< . Yang buruk tu orang nampak , Yang baik tu susah sangat . Takpe lah , pape pun lepas paw mak ni , dia dapat duit tadi .

Adios, nak makan Laksa RM1 semangkuk korang ada? hihi

Assalamualaikum

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat