{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda semenchu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda semenchu - Google Blog Search


Pengalaman unik di <b>Felda Semenchu</b>

Posted: 17 Feb 2011 03:02 PM PST

KOTA TINGGI 17 Feb. – Kampung Felda Semenchu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang memiliki keindahan tersendiri dan sesuai bagi masyarakat kota yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan desa.

Terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kota Tinggi dan berada di laluan menghala bandar Penawar, Homestay Kampung Felda Semenchu menjanjikan keunikan tersendiri dan ternyata berbeza dari lokasi seumpamanya di sekitar negeri ini.

Sejak mula homestay diperkenalkan di Johor pada tahun 1996, para penduduk kampung mula mengambil inisiatif tersendiri untuk mewujudkan kemudahan yang sama di kawasan berkenaan dan hasilnya seramai 16 orang menyertai program tersebut pada 2002.

Program Homestay Felda Semenchu adalah antara kaedah terbaik bagi membolehkan pelancong melihat sendiri keunikan budaya Melayu melalui tarian, makanan, lawatan selain mengikuti kehidupan seharian keluarga di sini.

Pengerusinya, Omar Dean, 60, berkata, pihaknya menawarkan sebanyak 200 bilik penginapan dan ia dilihat mampu menampung kehadiran sekitar 500 ke 1,000 pelancong dalam satu-satu masa.

Jelasnya, pada peringkat permulaan penubuhan hanya sebilangan kecil penduduk mengambil inisiatif untuk menyertainya dan bilangan itu bertambah sehingga mencecah angka 102 rumah penginapan pada hari ini.

"Pada sekitar penghujung 2002 hingga 2003 bilangan pelancong tidak begitu ramai akibat wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) tetapi bermula pada 2004 sehingga kini, sangat menggalakkan terutamanya di kalangan pelancong Jepun dan Eropah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Ujarnya, pelancong yang mengunjungi homestay berkenaan akan diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan serta permainan tradisional termasuk menganyam ketupat, membuat kuih-muih, permainan congkak dan gasing.

Para pelancong juga akan dibawa bersiar-siar di sekitar kediaman sambil diperkenalkan kepada jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ.

"Setibanya mereka di kampung ini, mereka akan diberi minuman dan makanan ringan sebagai tanda selamat datang. Kemudiannya mereka diperkenalkan kepada keluarga angkat masing-masing sebelum dibawa pulang ke kediaman.

"Keunikan kami di sini ialah pelancong yang datang diberikan satu persalinan pakaian tradisional iaitu baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Ini merupakan perkara eksklusif yang hanya terdapat di Homestay Felda Semenchu sahaja," katanya

Selain itu, pelancong akan mengikuti lawatan ke bengkel pembuatan jeli kelapa dan kopi pra-campuran tempatan bagi melihat sendiri bagaimana produk tersebut dihasilkan.

Pada sebelah petang pula, Omar berkata, pelancong yang menginap di homestay itu akan dipelawa bermain permainan tradisional seperti congkak, gasing dan sebagainya bagi membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman bermain permainan itu.

"Persembahan kebudayaan popular masyarakat Johor iaitu tarian zapin dan kuda kepang menyusul pada sebelah malam," katanya.

Omar memberitahu, pelbagai pakej disediakan kepada pelancong pada harga serendah RM60 untuk lawatan sehari hingga RM170 bagi pakej tiga hari dua malam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat