{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda semenchu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda semenchu - Google Blog Search


Gabungan Wawasan Generasi <b>FELDA</b> (GWGF): Prihatin Masalah Peneroka <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2011 06:24 PM PST


JENGKA 22 – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) giat melaksana program GWGF Prihatin termasuk membantu membekalkan air bersih melalui Misi Bantuan Air Bersih ke Wilayah Jengka.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, program ini turut meliputi bantuan kepada warga emas dan pesakit terlantar di samping turut melaksanakan program khidmat masyarakat di kawasan rancangan terlibat.

Menurutnya, program ini merupakan program berterusan dan bukannya untuk tujuan pilihan raya sahaja.

"Kita telah bantu warga Felda di Felda Semenchu, Johor, Felda Sahabat 3, Sabah dan beberapa rancangan lain melalui program ini yang berkonsepkan bantuan terus kepada sasaran.

"Malah hari ini lebih daripada 30 sukarelawan dan kakitangan GWGF turun padang menjayakan program ini di mana kita bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jengka 22 di samping mengecat bangunan sekolah tersebut," katanya.

Abdullah berkata, malah beberapa masalah yang telah dirujuk kepada kita turut dipanjangkan kepada pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka bagi tindakan dan sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan pihak GWGF akan ambil tindakan untuk membantu.

"Antara yang disuarakan keadaan kerusi dan meja kantin yang digunakan oleh pelajar terlalu uzur memandangkan telah lebih 30 tahun digunakan.

"Pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka memandang serius masalah ini dan akan membantu dari segi penyediaan enam meja dan enam kerusi panjang bagi kegunaan kantin tersebut," katanya.

Menurutnya, malah masalah air yang dihadapi oleh pihak sekolah ini telah mendapat perhatian GWGF apabila sebuah tangki air statik ditempatkan di sini bagi kegunaan pihak sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat