{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 60 lampu jalan di tiga tanah rancangan <b>Felda</b> rosak

Posted: 06 Mar 2011 03:04 PM PST

You are here: Home / Wilayah / 60 lampu jalan di tiga tanah rancangan Felda rosak

KUALA LIPIS 6 Mac – Penduduk di tiga tanah rancangan Felda di sini memohon pihak berkuasa tempatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membaiki 60 lampu jalan rosak serta gagal berfungsi pada waktu malam.

Tiga tanah rancangan terbabit adalah Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 dan penduduk berharap ia dapat diperbaiki segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutama jenayah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Koyan 1, Kholid Hussain berkata, masalah berkenaan telah dikemukakan oleh ketiga-tiga JKKK kepada pentadbiran daerah dan TNB tetapi belum ada tindakan diambil.

"Masalah itu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk apabila berurusan pada waktu malam khususnya di kalangan warga emas.

"Perkara itu dikemukakan oleh JKKK kepada pihak berwajib dan kerosakan berkenaan masih belum dibaiki. Kami amat berharap lampu berkenaan berfungsi semula," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kholid bimbang keadaan lorong dan persimpangan yang gelap boleh mengundang kegiatan tidak sihat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Seorang penduduk Sungai Koyan Tiga, Ismail Ali, 56, berkata, keadaan gelap membahayakan pejalan kaki dan penunggang motosikal pada waktu malam.

Ismail menambah, jika lampu jalan itu berfungsi ia boleh menambahkan keceriaan kampung dan suasana lebih ceria di kawasan tempat tinggal yang padat dengan penduduk.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai masalah tersebut oleh penduduk di ketiga-tiga tanah rancangan itu.

"Hasil pertemuan dengan ketua kampung berkenaan baru-baru ini, saya memberi jaminan akan memohon pentadbiran daerah Lipis dan TNB segera menyelenggarakan lampu berkenaan menerusi projek membaik pulih kemudahan asas di luar bandar," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat