{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


Celaru de <b>Koyan</b>!!! « Wadah Orang Kampung

Posted: 31 Jan 2011 06:48 AM PST

Khamis, 27 Januari 2011, aku ke pasar sehari di FELDA Sungai Koyan. Felda Sungai Koyan adalah satu penempatan FELDA yang agak unik (bitara) kerana beberapa sebab. Pertama, setiap peneroka mendapat 14 ekar tanah ladang sawit, manakala Felda lain hanya menerima 10 ekar tanah kebun sahaja. Mereka telah menerima gran hak milik tanah semenjak tahun 1994 lagi. Aku pernah hadir mewakili SMK (F) Sungai Koyan ke majlis penyampaian gran hak milik tanah itu.

Kedua, Felda Koyan 2 di teroka oleh bekas askar begitu juga Felda Koyan 3. Manakala Felda Koyan 1, penerokanya adalah orang dari kampung tradisional. Ketiga Felda Koyan 2 ada dua kawasan, Koyan 2 A dan Koyan 2 B. Antara kedua-dua kawasan ini diletakkan Felda Koyan 1. Keadaan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku harap ada dikalangan anak peneroka Felda Sungai  Koyan yang dapat menulis tentang perkara ini. Keempat, ditengah-tengah tanah Felda ini terdapat tanah gran hak milik yang bukan dipunyai oleh peneroka Felda sebaliknya merupakan bekas kampung tradisional tetapi kini sudah dijual kepada orang persendirian.

Kelima, Felda Sungai Koyan merupakan kawasan ladang sawit, tetapi tiada kilang sawit. Dulu sebelum kawasan ladang dibuat tanam semula, ada kilang sawit. Masa aku mengajar di SMK (F) Sungai Koyan, aku masih ingat setiap pagi dapat menghidu bau busuk dari kilang sawit yang tidak jauh dari kawasan sekolah. Keenam, hari khamis lepas minyak masak tidak dijual dimana-mana peniaga di Felda Sungai Koyan.  Pelik bin Ajaib….. Tempat penghasil kelapa sawit tiada bekalan minyak masak yang ditapis dari minyak kelapa sawit.

Negara yang mengeluarkan minyak sawit terbesar di dunia, tidak cukup bekalan minyak masak bagi kegunaan penduduk negara ini, sedangkan minyak masak diproses dari minyak sawit. Inilah gambaran bahawa betapa teruknya pengurusan negara ketika ini.  Berbagai dalih bodoh diberikan oleh menteri yang bertanggung jawab. Akhir sekali mereka kata ini fenomena global. Harga barang naik ini berlaku seluruh dunia. Takkanlah barang yang dalam kawalan negara kita, hilang dari pasaran merupakan fenomena global juga… Ini yang sangat celaru!!! Mengapa??? Kerana menteri dan menteri perdananya memang celaru….

Itu sebabnya pihak pemerintah tak pernah nak jawab kemana perginya duit mengalir keluar negara secara haram sebanyak RM888 billion… Ada mengalir keluar kerana proses rasuah, ada juga yang digurup secara haram dan berbagai lagi… Negara yang dikurnia segala kekayaan oleh Allah SWT tetapi rakyatnya menderita apabila bahan yang dihasilkan oleh negara sendiri tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat…. Fikirkanlah….

Ketujuh… Dalam tanah dikawasan Felda Sungai Koyan dikatakan terdapat emas!!! Bukan sahaja di kawasan ladang tetapi juga dikawasan tapak perumahan… Ini cerita lama!! Dulu dah pernah heboh dalam akhbar. Kini kesah itu sudah sejuk. Kalau sekali sekala kita ke Sungai Koyan kita akan bertemu dengan pekerja dari Syarikat Lombong Emas Selinsing. Selinsing ini adalah satu kawasan lombong yang ditinggalkan oleh British dan kini dibuka semula…  Koyan tak jauh dari Selinsing.. Selingsing ada emas, Koyan pun ada emas juga.  Sekian kiriman ini. TK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat