{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Aku Budak Balun: Polis Cuba Halang Ceramah PAS di <b>Felda Sg</b>. <b>Tengi</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 04:00 AM PST

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Dataran Sungai Tengi Hulu Selangor malam tadi cuba dihalang oleh pihak Polis. Beberapa ketika sebelum majlis ceramah dimulakan sekumpulan anggota polis cuba menghalang ceramah berkenaan dengan mengatakan bahawa ceramah ini tidak ada permit!

Bagaimanapun selepas sedikit perbincangan, pihak Polis membiarkan ceramah berlangsung sehingga tamat walaupun pihak penganjur berada dalam siap sedia kerana diugut oleh SB yang bertugas untuk merampas pembesar suara di pentas!

Alhamdulillah, akhirnya majlis ceramah berlangsung dengan jayanya hinggalah Abang Mat Sabu menamatkan ceramahnya kira-kira jam 12 malam.

Sebelum itu Cikgu Normala menyampaikan ceramahnya yang sangat membuka fikiran terutama bagi golongan kakitangan awam yang masih lagi takut untuk membuat perubahan termasuk juga masyarakat felda yang rela dipergunakan oleh UMNO bagi memenangkan mereka.

Sedikit rakaman lensa 'cap ayam' budakbalun malam tadi..

Solat Sunat Hajat Mohon Bantuan & Keizinan Allah SWT dalam perjuangan ini...

Ketibaan Abang Mat.. Cikgu Normala terlebih awal tiba..
Sedikit jamuan makan selepas solat Sunat Hajat.. Wah! Family Perjuangan!
Abang Mat makan malam bersama pimpinan PR Hulu Selangor, turut kelihatan wakil PKR Hulu Selangor (bersongkok)
Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor Tn Haji Abdul Wahid Basri (Berkopiah, tengah) turut menemani Bang Mat makan malam
Cikgu Soroso sebagai MC malam itu... "saya pun cikgu jugak! dah puas kena ugut!" Allahuakbar!
Cikgu Mala ditemani anak gadis muslimat Bukit Beruntung..
Pihak Polis Cuba Menghampiri Pentas untuk merampas pembesar suara.. hmmmm..
Unit Amal bersedia hadapi sebarang kemungkinan! hancur Toghut!
Antara hadirin yang hadir.. Agak ramai untuk kawasan felda yang 'karat' birunya ini!
Wakil PKR Hulu Selangor berucap, padat tapi penuh dengan sinis kepada UMNO!
Abang Mat bersama Hj Wahid di pentas utama

Cikgu Mala memulakan bicaranya... 1 jam lebih dia berceramah malam itu! hebat!
Sarat dengan pengalaman di tenang dan pengajarannya.
Nasihat buat guru-guru dan rakyat felda sangat menarik!
Aiseh! Jangan buat keje UMNO brader Polis oiii!! Buat kerja untuk rakyat laaaa!
Yang duduk depan pentas..
Yang duduk tepi pentas...


Yang ditunggu-tunggu... Abang Mat pula membuka bicara dengan serangkap pantun.. Menjawab pantun yang dijual oleh Cikgu Normala tadi..

Banyak pengalaman berhadapan dengan UMNO paling kuat didunia!

UMNO Bahagian Hulu Selangor! wakakakaka!



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.: 3 Tahun Tadbir Selangor <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 09:02 PM PST

Pentadbiran 3 tahun Pakatan Rakyat mengalahkan pemerintahan lebih 50 tahun UMNO Barisan Nasional dari segenap aspek tidak kira pengurusan kewangan, pelaburan mahupun kebajikan kepada rakyat.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim berkata kejayaan Pakatan Rakyat untuk tahun ke 3 mentadbir, membuktikan rakyat semakin yakin dan percaya kepada dasar- dasar yang dipertaruhkan kerajaan negeri.

"Dan apabila saya ditanya bagaimanakah Yang Berhormat menyifatkan persembahan Pakatan rakyat tiga tahun memerintah Selangor, saya katakan kalau perlukan satu perkataan, saya katakan ia 'Cemerlang'," kata Teng.

Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja mampu menguruskan kewangan dengan efisyen bahkan komited dalam mengagihkan segala hasil mahsul bumi Selangor kepada rakyat jelata.

Terbaru kerajaan negeri memutuskan untuk memberi perlindungan takaful kepada semua ketua kampung dinegeri ini dengan setiap satu skim itu berjumlah RM30'000.

Kerajaan negeri juga membuktikan keprihatinan mereka dengan menghantar pulang kesemua pelajar ke Mesir untuk kembali meneruskan pengajian mereka yang tergendala sejak pergolakan politik Mesir baru- baru ini.

Teng berkata, penerimaan baik rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat adalah disebabkan dasar kerajaan negeri yang jelas mendahulukan rakyat dalam segenap aspek.

"Tiga tahun kita mengalahkan 50 Tahun itu perbezaan kita, zaman pemerintahan BN tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat, bila rakyat tanya hal kebajikan , mereka suruh pergi tanya di Jabatan Kebajikan, itu yang UMNO, MCA dan MIC tahu, tetyapi bila kami (PR) ambil alih, dasar pertama dan utama yang dibawa ialah Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Agenda MES adalah untuk mengagihkan harta kekayaan negeri kepada rakyat negeri Selangor, melalui pelbagai platform antaranya kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.

Antara program yang berjaya dilaksanakan menerusi dasar MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma bagi 20m3, Hadiah Anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC).

"Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di 13 negeri di Malaysia ini, mahupun dibawah pemerintahan BN 50 tauhn tetapi kita lakukan pada tahun pertama memerintah," tambahnya lagi.

Baru- baru ini, kerajaan negeri meluluskan skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar.

MiMBAR dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Skim ini membolehkan golongan ini membuat pinjaman dari RM1000 hingga RM5 ribu bagi menjana ekonomi mereka.TVSNEWS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat