{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tembangau - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tembangau - Google Blog Search


Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli ~ C.O.M.R.A.D.E

Posted: 01 Jun 2009 09:27 AM PDT

Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli


'; div.innerHTML = summary; } //]]> Kerajaan akan terus berusaha menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menyediakan pelbagai prasarana melalui projek pembangunan bersepadu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan, Mohd. Fadzil Osman berkata, antara projek yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu ialah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di beberapa perkampungan Orang Asli bagi memastikan mereka mendapat kediaman yang lebih baik.

Katanya, JHEOA juga akan menaik taraf jalan kampung, membina balai raya, dewan serba guna, bekalan air paip dan elektrik di perkampungan Orang Asli yang berhampiran dengan kampung tradisional atau tanah rancangan Felda. ''Kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat Orang Asli, malah mahu lebih ramai kalangan anak-anak dan belia mereka diberikan pendidikan serta latihan kemahiran seperti yang dinikmati kaum lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Mari Ke Sekolah anjuran JHEOA di Sekolah Kebangsaan Rancangan Felda Triang Satu, di sini semalam. Tegas Mohd. Fadzil, semua pihak terutama ibu bapa Orang Asli perlu menghantar anak mereka ke sekolah kerana segala kemudahan pembelajaran diberikan percuma oleh kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan melaksanakan projek perumahan seluas 40 hektar berhampiran Felda Tembangau, dekat sini bagi membantu penduduk dan pekerja Felda Plantation di kawasan berkenaan memiliki rumah sendiri. Katanya, mereka yang terpilih akan diberi rumah dengan bayaran bulanan paling minimum dan tidak membebankan. Kerajaan negeri, jelasnya, prihatin dengan masalah pekerja Felda Plantation yang masih tidak mempunyai rumah sendiri.

''Kerajaan negeri tidak memilih bulu dalam usaha memberikan kemudahan kepada rakyat, malah berhasrat menyediakan pelbagai prasarana terbaik kepada mereka. ''Saya berharap mereka yang terpilih nanti dapat menjaga rumah dan tanah itu dengan baik dan tidak menjualnya kepada pihak lain," katanya. Beliau menambah, proses memilih peserta projek itu telah selesai dan mereka yang berjaya akan dihubungi tidak lama lagi.

Source: http://www.jheoa.gov.my/33

Related Articles :
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat