felda tersang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tersang - Google Blog Search |
Posted: 18 Mar 2011 11:26 AM PDT Aku mohon cuti dari hari selasa hingga jumaat. Aku sudah lama tak bercuti panjang dan asyik kerja saja. Aku memulakan langkah berjalan bersama keluarga ke kuala lipis dan melihat sekolah kebangsaan tanjung gahai, tempat anak ku angah nak ber praktikal selama sebulan. Sebuah sekolah tradisonal yang aman dan damai. Dan kecil sesuai untuk first practicalnya sebagai Guru Pra Sekolah. Dalam perjalanan itu aku dapati banyak pembangunan dan perubahan yang berlaku di sepanjang jalan. Kemudian aku ke Felda Tersang 3 berjumpa dengan sepupu aku Sabariah dan mak saudaraku Mak Ndak yang telah lama aku tidak bersua dan berjumpa. Tiada kesempatan dan agak berjauhan. Aku perlu memperkenalkan mereka kepada anak anakku. Rumah yah begitu besar sekali dan alhamdulilah harga sawit sekarang mencecah RM 900 setan! Aku ke Kuala Lumpur dan berhenti di Serdang menziarahi anakku Kak Long untuk memberikan motivasi sebab dia sedang menduduki final disana. Makan makan dan memberikan peluang berjumpa dengan adiknya yayah yang merindui dia. UPM amat cantik sekali dan teringat aku kepada kawan kawan aku di UPM cuma masa tidak mengizinkan aku berjumpa mereka. Malam jam 9.00 aku sampai di Muar, bumi yang membesarkan aku dan menyimpan 1001 kenangan dalam hidupku. Aku menziarahi abangku Man yang menjaga rumah keluarga aku disana dan mengajak dia berjalan round muo sambil bertanya kabar berita sedara mara di sana dan dalam masa yang sama melihat sendiri keadaaan dia di sana. Aku makan mee bandung dan satey di restoren tak jauh dari rumahku. Esoknya aku menziahi kubur dan pusara aruah mak dan aruah abah membacakan doa untuk mereka dan menginsafi diriku juga tidak lama lagi akan pergi kesana. Tanah Pusara di celah SMS Muar dan ditepi jalan besar. Amat mudah untuk anak anak akses kalau balik kampong. Aku membawa isteri dan anak anak ke rumah pak sedara, menziarahi mereka dan bertanya kabar. Mengambil resepi nasik minyak muo dan lauk keromak daging dari pak cik. Kemudian aku berjumpa dengan kawan lama Cikgu Yusof Sipan dan Cikgu Zahari, dan berjumpa dengan Choong, Teo, teah, Ai Ling dan Meng chun...kami makan sama sama dan kemudian melakukan lawatan ke sekolah SJKC Wah Yu ...sekolah choong.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Aku teruskan perjalanan ke Rompin untuk mengambil marakah PEKA dan Amali Akaun untuk anakku Mus dan bermalam disana berjumpa kawan lama. Kemudian aku ke PoliSAS untuk menziarahi anakku Najwa dan kemudia balik ke rumah pada hari Khamis. Jumaat aku ke Putra Jaya dan terus ke kenduri anak sedara. Sabtu Aku hantar anak ku ketempatnya dan ahad hantar anak ke asrama. Cuti ni aku Hamba kepada keluargaku nanti senin aku hamba pada sekolah pulak....aduii |
You are subscribed to email updates from felda tersang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |