{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Menonton coklat ular sawa

Posted:

Menonton coklat ular sawa

Menonton coklat ular sawa

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

SEBUT saja perkataan coklat, pasti ramai yang terbayangkan kelazatan dan keenakan manisan yang diperbuat daripada buah koko itu.

Kini, coklat telah menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.

Ada banyak perkara menyeronokkan yang dikaitkan dengan coklat. Sesetengah orang beranggapan coklat dapat meredakan tekanan dan menerbitkan perasaan gembira.

Ini mungkin ada kebenarannya kerana coklat sememangnya dapat menenangkan fikiran yang berserabut.

Bukan itu sahaja, kajian menunjukkan coklat makanan berkhasiat dan seimbang selain mudah dibawa ke mana-mana serta dimakan pada bila-bila masa.

Melihatkan potensi industri coklat itu, syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn. Bhd. membuka Muzium Coklat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 2012.

Menurut pengurusnya, Mohd. Azuan Arshad, pembinaan muzium itu membabitkan kos sebanyak RM1 juta.

"Muzium ini dilancarkan Januari lalu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tetapi ia sebenarnya telah dibuka lebih awal.

"Pada masa itu, kami mahu menguji penerimaan orang ramai terhadap satu-satunya muzium yang dikhaskan untuk coklat di Malaysia ini.

"Tujuan muzium ini ditubuhkan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai asal-usul coklat serta manfaatnya dari segi kesihatan.

"Pengunjung juga akan mendapat maklumat menarik mengenai coklat dan koko dari seluruh dunia yang telah berusia lebih 3,000 tahun.

"Sejak dibuka, kami menerima lebih 50,000 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, universiti dan kolej.

"Pelancong asing dari negara seperti China, Thailand, Jepun dan Asia Barat juga kerap datang ke sini," jelasnya sambil memberitahu, muzium terbabit telah diiktiraf sebagai produk pelancongan terbaharu Malaysia tahun ini.


ULAR sawa yang dihasilkan daripada coklat ini mengambil masa selama 150 jam untuk disiapkan.


Konsep 3E

Ujar Mohd. Azuan, pihaknya mempraktikkan konsep 3E iaitu pengunjung berpeluang mendapatkan pengetahuan (education), pengalaman (experience) dan keseronokan (enjoyable) sepanjang berada di muzium terbabit.

"Mereka akan dibawa melawat ke sekeliling muzium, melihat demonstrasi penghasilan coklat, membeli-belah di galeri coklat selain bersantai di kafe muzium ini yang menyajikan makanan dan minuman berasaskan coklat.

"Lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal dijual di muzium ini termasuk Cadbury, Ferrero Rocher dan Toblerone di samping jenama keluaran syarikat kami iaitu Fidani, Farrel dan Danson.

"Kesemua coklat daripada jenama terkenal ini diimport terus dari negara asal seperti Itali, New Zealand dan Korea.

"Malah, ia dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding di pasar raya iaitu antara RM1.50 hingga RM300," ujarnya sambil menambah, pihaknya menerima sebanyak 2,000 hingga 4,000 pengunjung pada hari biasa tidak termasuk cuti hujung minggu.

Sebaik menjejakkan kaki di muzium ini, kru Jurnal disambut oleh cef muzium, Cef Yazid yang bertindak sebagai pemandu pelancong.

Pengunjung diberi penerangan oleh cef berkenaan mengenai sejarah awal koko dan coklat.

Terdapat beberapa bahagian yang boleh dilawati sepanjang sesi ini, antaranya sejarah coklat, kebaikan coklat untuk kesihatan dan industri coklat.

Pengunjung juga berpeluang melihat replika mesin adunan coklat pertama dunia yang dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa Swiss Chocolatier iaitu Rodolphe Lindt.

Malah, bentuk coklat bar diaplikasikan pada dinding yang menuju ke dapur muzium. Di situ juga sesi demonstrasi penghasilan coklat untuk pengunjung dilakukan.

Melangkah ke ruang dapur muzium ini, pengunjung dapat melihat bentuk haiwan yang dihasilkan menggunakan coklat seperti ular sawa, naga dan burung helang untuk tatapan pengunjung.

"Kami menyiapkan kesemua bentuk haiwan yang menggunakan coklat ini dalam bentuk kumpulan dan masa yang diambil untuk menghasilkan naga ini ialah 110 jam, ular sawa pula selama 150 jam dan burung helang memakan masa selama 130 jam," tambahnya.

Walaupun dipisahkan oleh dinding kaca, pengunjung masih dapat melihat aksi mengadun coklat cair oleh cef di dapur. Kerja-kerja itu dilakukan di atas marmar bagi menghasilkan coklat yang halus dan berkilat.

Selain itu, pengunjung ditunjukkan teknik menyalut coklat menggunakan biskut atau wafer dan kemudiannya dihias dengan bahan hiasan di atasnya.


GALERI Muzium Coklat ini menjual lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal pada harga lebih murah.


Cetak gambar

Merasai sendiri keenakan rasa biskut yang disalut coklat itu pastinya memberikan pengalaman yang sangat berharga lebih-lebih lagi coklat itu baru saja dihasilkan.

Pengunjung juga ditunjukkan cara mencetak gambar di atas coklat menggunakan mesin buatan Jerman.

"Proses mencetak gambar di atas coklat ini mengambil masa selama 45 minit. Malah, kami turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, ulang tahun mahupun majlis korporat.

"Untuk tempahan mencetak, pengunjung perlu membawa gambar yang hendak dicetak dalam bentuk digital. Harga pula ditentukan mengikut saiz dan bentuk gambar yang dipilih," ujarnya.

Muzium yang berkeluasan 325 meter persegi itu dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

"Sebagai perancangan, kami bakal menubuhkan akademi coklat dan Muzium Coklat kedua pada penghujung tahun ini.

"Kami turut bercadang membuat taman tema yang disasarkan pada awal tahun hadapan," tambah Mohd. Azuan.

Perginya novelis agung Colombia

Posted:

Perginya novelis agung Colombia

Perginya novelis agung Colombia


MARQUEZ (kanan) bersama bekas Presiden Cuba, Fidel Castro ketika menghadiri Pesta Cerut Cuba di Havana pada tahun 2000.


TANGGAL 17 April merakam satu peristiwa sedih bagi penduduk Colombia apabila novelis tersohor abad ke-20 negara tersebut menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun. Gabriel Garcia Marquez, yang popular dengan naskhah One Hundred Years of Solitude meninggal dunia di rumahnya di Bandar Raya Mexico.

Kematian tersebut disebabkan kanser paru-paru yang dideritainya sejak tahun 1999 di samping masalah nyanyuk. Berita sedih tersebut disahkan oleh bekas pengarang Marquez di Random House, Cristobal Pera.

Marquez merupakan pemenang Hadiah Nobel bagi Kesusateraan pada tahun 1982. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan untuk menulis sebuah novel fiksyen mengenai mitos masyarakat Amerika Latin yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa lain.

Semasa menghasilkan naskhah tersebut, Marquez memberi kepercayaan sepenuhnya kepada dua sahabatnya, Jeneral Augusto Pinochet dan Presiden Cuba, Fidel Castro untuk ditapis.

"One Hundred Years of Solitude satu-satunya karya yang memberi impak besar kepada pembaca. Sehingga kini, buku tersebut tidak dapat ditandingi oleh buku-buku lain.

"Selepas pengarang daripada Random House membaca karya tersebut, dia kemudian memanggil novelis tersohor Argentina, Tomas Eloy Martinez untuk membacanya. Ternyata kedua-dua mereka mempunyai cita rasa yang sama dan memuji garapan cerita yang cuba ditonjolkan," kata Pera.

Buku tersebut mengisahkan kehidupan tujuh generasi keluarga Buendia yang menemukan kota Macondo. Kota Macondo dalam novel ini adalah metafor kepada Columbia.

Dalam novel tersebut, Marquez menggabungkan adventur dan kejadian-kejadian mistik yang dialami keluarga Buendia dalam menemukan kota tersebut selain menceritakan realiti politik di Amerika Latin.

Ia berjaya dijual sehingga berjuta-juta naskhah. Lebih mengujakan apabila seorang sasterawan popular negara itu, Pablo Neruda menggelar naskhah tersebut sebagai 'wahyu' yang harus dibaca oleh semua orang.

Anak sulung

Marquez dilahirkan pada 6 Mac 1927 di Aracataca, sebuah bandar kecil berhampiran pantai Caribbean, Colombia. Dia merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup pasangan Luisa Santiaga Marquez dan Gabriel Garcia Elijio.

Bapanya membanting tulang dengan melakukan tiga pekerjaan serentak iaitu sebagai kerani pos, operator telegraf, dan jurujual di sebuah farmasi untuk menyara ibu serta 12 orang anaknya yang lain.

Disebabkan kemiskinan tersebut, Marquez, sebagai anak sulung dibesarkan oleh datuk dan neneknya di sebuah rumah usang yang hampir roboh. Dari situ, bakatnya sebagai seorang penulis diasah, melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh neneknya.

Selain wanita tersebut, moyangnya, Nicolas Marquez Mejia yang merupakan seorang pesara askar juga mempengaruhi kehidupannya sebagai seorang penulis.

Ketika remaja, Marquez berpindah ke Bogota dan mengambil jurusan undang-undang. Namun begitu, dia tidak menerima ijazah. Marquez kemudian beralih arah ke bidang kewartawanan.

Menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan, Marquez sering mendapat berita eksklusif.

Bagaimanapun, sekitar tahun 1955, satu tulisan Marquez telah menimbulkan kemarahan diktator negara itu pada waktu tersebut, Jeneral Gustavo Rojas Pinilla dan Marquez kemudian melarikan diri ke Eropah sebagai wartawan bebas selama dua tahun.

Pada tahun 1960, syarikat akhbar tempat dia bekerja ditutup oleh rejim Rojas Pinilla namun dia berjaya menulis novel pendek, In Evil Hour.

Ketika sedang menyiapkan naskhah tersebut pada tahun 1957, Marquez turut sempat menerbitkan sebuah lagi novel, No One Writes to the Colonel yang berkisarkan mengenai penindasan terhadap pesara tentera yang miskin.

Aktiviti Marquez tidak tertumpu dalam bidang penulisan sahaja. Ini kerana sekitar tahun 1959 hingga 1961, Marquez bangkit dan menyokong revolusi Castro dengan menjadi penulis untuk akhbar Cuba, Press Latina. Dia kemudian berpindah ke Mexico dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana.

Marquez menghabiskan hampir 18 bulan untuk menulis tanpa sebarang pekerjaan lain manakala isterinya, Mercedes suri rumah sepenuh masa.

"Isteri saya sering bimbang dengan masalah kewangan kami. Namun, setelah buku tersebut berjaya disiapkan pada tahun 1976, buku tersebut habis terjual dalam masa sehari sahaja dan wang tersebut cukup untuk digunakan kami sekeluarga," ujarnya.

Pada tahun 1975 beliau menerbitkan novel baharu berjudul The Autumn Patriarch. Seperti yang diduga, novel tersebut mendapat kritikan hebat kerana berlainan dengan apa yang ditulis dalam One Hundred Years of Solitude. Bagaimanapun, naskhah tersebut laris dijual.

Love in the Time of Cholera yang diterbitkan pada tahun 1985 merupakan karya Marquez yang paling romantik.

Haluan kiri

Kehidupan dan wang yang diperoleh Marquez dikatakan banyak disumbangkan untuk parti berhaluan kiri. Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai membantu membiayai parti politik Venezuela.

Tindakan tersebut mengundang padah kepada Marquez apabila Amerika Syarikat membekukan visanya selama tiga dekad.

Kehidupan Marquez berubah secara tiba-tiba setelah dia disahkan menghidap kanser paru-paru pada tahun 1999. Dia kemudian menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan mengarang kisah cinta antara seorang lelaki dan pelacur berjudul Memories of My Melancholy Whores. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2004.

Pada Julai 2012, adiknya, Jaime, berkata Marquez menghidap satu lagi penyakit, iaitu nyanyuk dan dia kemudian berhenti menulis.

Selain isterinya, Mercedes, dua anak lelaki, Rodrigo dan Gonzalo merupakan kekuatan untuk dia meneruskan kehidupan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sepanjang kehidupannya, Marquez merupakan seorang yang sangat berdisiplin. Sebahagian daripada kehidupannya dihabiskan untuk anak-anak.

Sebagai seorang bapa muda, dia akan menghantar dan menjemput pulang anaknya dari sekolah pada setiap hari. Sementara menunggu waktu senggang, dia akan menulis.

"Apabila saya selesai menulis sesebuah buku, saya akan berhenti menulis sementara waktu.

"Kemudian saya belajar bagaimana untuk melakukannya semula dan mengambil masa untuk mencari idea yang akan datang dengan sendirinya," katanya.

Usahawan muda rumpai laut

Posted:

Usahawan muda rumpai laut

Usahawan muda rumpai laut

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


MOHD. SAIFULLAH menunjukkan rumpai laut yang diternaknya di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.


MENYEDARI potensi perusahaan pengkulturan rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' dalam pasaran semasa, mendorong anak muda, Mohd. Saifullah Mohd. Minggu menceburi bidang itu seawal umur 18 tahun.

Semuanya berikutan pemerhatian dan pengalamannya ketika mengikuti sukarelawan bantuan kemanusiaan selama dua bulan di Tanzania melalui program diatur Japanese International Corperation (Jaika) kira-kira lima tahun lalu.

Menariknya, sepanjang berada negara benua Afrika itu, pendedahan bantuan lebih bersifat kepada meningkatkan sumber ekonomi berteraskan rumpai laut.

"Apabila pulang ke Malaysia, terfikir mengapa saya tidak bangunkan perusahaan rumpai laut sedangkan daerah Semporna di Sabah adalah pusat pengkulturan khazanah laut itu terbesar di negara ini.

"Cuma yang perlu dipraktikkan dan diperbaharui adalah daripada segi pengurusan dan teknikal agar rumpai yang dihasilkan benar-benar bermutu dan berkualiti memenuhi kehendak pasaran," ujarnya.

Selaku Pengurus Syarikat Dermaga Juta Sdn. Bhd., Mohd. Saifullah berkata, langkah awal penubuhan perusahaannya dimulakan dengan peruntukan dana sebanyak RM1 juta oleh Jaika selain mendapatkan kelulusan pembukaan ladang ternakan rumpai laut seluas 161 hektar daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Bagaimanapun kata anak muda itu, permulaan perusahaannya hanya dimulakan dengan 20 hektar sahaja berikutan kekurangan tenaga pekerja.


PERUSAHAAN rumpai laut mampu menjana pendapatan lumayan.


Sehubungan itu, beliau mula mengambil inisiatif dan pendekatan sendiri dengan membuka Seeweed Bank iaitu gabungan kesemua penanam baharu atau lama.

Melalui pendekatan itu, ia lebih bersifat serampang dua mata dalam mengekalkan harga pasaran selain membantu penduduk Semporna untuk menjadi penanam rumpai laut bagi meningkatkan ekonomi mereka.

"Kebiasaannya harga bagi rumpai laut adalah tidak menentu iaitu sekitar RM1.80 hingga RM3 sekilogram tanpa mengikut gred ditetapkan.

"Dengan Seeweed Bank, saya menjadi peneraju dengan membeli pada harga dari RM5 sekilogram untuk gred terbaik, manakala RM2.90 bagi gred paling rendah," katanya yang memperoleh pendapatan kasar sebulan kira-kira RM400,000.

Beliau yang kini mempunyai 350 penanam dengan keluasan pengkulturan 141 hektar memberitahu, terdapat beberapa cara bagi memastikan sesuatu rumpai laut itu berkualiti.

Antaranya adalah dengan tempoh penanamannya tidak melebihi 45 hari iaitu terutamanya daripada spesies Cotoni, cara pengeringan, sukatan gel dalam rumpai diternak dan bebas daripada penyakit bakteria epipite dan sereng.

"Gel rumpai laut yang berkualiti tidak boleh dikeringkan melalui pancaran matahari yang terlampau terik sebaliknya harus dibantu dengan cuaca berangin," katanya.

Katanya, cabaran paling besar dialami adalah kesan daripada pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Simunul, Semporna bulan Mac tahun lalu.

Terangnya, akibat kejadian tersebut beliau dan penanam lain tidak dapat turun ke kawasan ternakan selama tiga bulan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM1 juta.

Dalam memastikan kesinambungan perniagaannya, Mohd. Saifullah berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang membantunya dalam memberi khidmat nasihat, teknikal dari segi peralatan operasi dan bantuan pasaran.

"Dalam memastikan pengembangan pasaran, sudah tentunya saya memerlukan lebih bantuan melalui Unit Agroprenuer Muda yang memberikan suntikan dana sebanyak RM300,000," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat