{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Johor punyai 557 SAR menjelang tahun 2015

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

ABD. Mutalip Abd. Rahim (tengah, baris depan) dan Ismail Mohamed (empat dari kiri) bersama peserta Kursus Praperkahwinan Parlimen Pagoh di Kompleks Sri Pekembar dekat Pagoh, Muar, Johor, baru-baru ini.

PAGOH 29 April - Kira-kira 190 Sekolah Agama Rakyat (SAR) sedang dalam pembinaan di seluruh negeri dengan kos kira-kira RM260 juta yang dijadualkan siap menjelang 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, ketika ini sekolah-sekolah terbabit menumpang di sekolah kebangsaan yang tidak menggunakan bilik darjah pada sebelah petang termasuk di bangunan awam lain.

Apabila siap nanti, kita akan mempunyai 557 SAR yang mempunyai bangunan sendiri dan semuanya di-letakkan di bawah tadbir urus kerajaan negeri. Ini memberi keselesaan kepada murid-murid yang sekian lama menantikan bangunan sendiri.

Kita tidak akan lagi berkongsi bilik darjah dengan sekolah kebangsaan selepas ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Praperkahwinan Parlimen Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini kelmarin.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh dan Ketua Puteri UMNO negeri, Rohaizah Ahmad.

Abd. Mutalip berkata, jumlah SAR itu adalah mencukupi untuk menampung murid-murid ketika ini tetapi apabila taman-taman perumahan baharu yang majoriti dihuni umat Islam dibuka, sekolah baharu akan dibina lagi bagi memastikan kanak-kanak Islam mendapat pendidikan agama yang teratur dan sempurna.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegur program realiti televisyen yang berkonsepkan mencari jodoh kerana dilihat tidak membantu bakal pengantin dalam kalangan golongan tidak berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Beliau berkata, matlamat penerbitan program itu wajar dipersoalkan dan sepatutnya pasangan kurang berkemampuan dibantu, bukannya peserta yang sememang kaya dan tidak memerlukan bantuan berkenaan.

Sementara itu, Rohaizah

Ahmad mencadangkan supaya kursus anjuran UMNO Bahagian Pagoh dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Muar itu diperluaskan ke peringkat negeri supaya lebih ramai dapat menyertainya.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh berkata, program itu bertujuan meringankan beban pasangan pengantin kerana hanya RM50 dikenakan berbanding RM150 oleh pihak swasta.

RM1j usahakan pertanian moden

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak/luqman
utusanjohor@utusan.com.my

PAGOH 29 April - Kerajaan negeri menyediakan dana RM1 juta pada tahun ini kepada petani atau pengusaha yang berminat mengusahakan pertanian moden menggunakan teknologi hidroponik dan fertigasi seperti yang banyak diamalkan di China.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, pihak- nya menyasarkan koperasi pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi membantu memperkenal tanaman kaedah itu.

Beliau berkata, kaedah itu sesuai dipraktikkan dengan cuaca di negara ini dan tumpuan di kawasan pinggiran bandar dan kampung berikutan keluasan tanah yang semakin terhad ketika ini.

Konsep pertanian ini menggunakan rumah teduhan yang tidak memerlukan kawasan luas, namun produktivitinya tinggi, berkualiti dan dapat meningkat pendapatan petani atau pengusahanya.

Kaedah ini amat sesuai dengan keadaan iklim kita termasuk jika berlaku kemarau atau hujan kerana tidak memberi kesan terhadap pengeluaran yang dapat dihasilkan secara berterusan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Praperkahwinan Parlimen Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini kelmarin.

Ismail berkata, kaedah hidroponik ialah penggunaan air de-ngan campuran baja manakala fertigasi campuran baja serta sabut kelapa dan kedua-dua kaedah itu tidak menggunakan tanah yang banyak.

Beliau yang juga ADUN Bukit Serampang berkata, peruntukan di bawah Skim Pembangunan Tanah Terbiar itu untuk pertanian berskala kecil bagi menampung pengeluaran makanan di kawasan setempat.

Antara tanaman yang sesuai ialah sayur-sayuran daun, terung, keledek, kacang panjang, cili, bendi, kentang, tomato dan labu dengan keluasan tanah kurang satu hektar.

Bagi memanfaatkan teknologi itu, beliau meminta 13 daerah di negeri ini memilih tanaman yang sesuai mengikut kawasan masing-masing agar tidak berlaku lambakan hasil sekali gus menambah penge-luaran makanan di negeri ini.

Sayur dan lobak putih juga digalakkan untuk ditanam kerana ketika ini Johor masih mengimport dari China. Kita tidak mahu petani menanam rock melon kerana sudah terlalu banyak ketika ini," katanya.

Selain dua teknologi itu, Ismail berkata, kaedah pertanian menggunakan jentera di ladang-ladang China juga sesuai dipraktikkan di sini dan pihaknya akan bekerjasama dengan pemain industri dari negara itu untuk mempelajarinya.

Perhilitan Johor, PKGK tangkap dua gajah jantan

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Anggota Perhilitan Johor dan PKGK Kuala Gandah, Pahang memeriksa gajah jantan (tengah) yang ditangkap untuk dimasukkan ke dalam lori di Ladang Sindora, Kluang, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 29 April - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang berjaya menangkap dua ekor gajah jantan di Ladang Sindora, Kluang baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Hasnan Yusop berkata, gajah pertama ditangkap pada 22 April manakala seekor lagi pada dua hari kemu-diannya.

Katanya, tangkapan haiwan liar itu dilakukan oleh empat kaki-

tangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga kakitangan Unit Gajah Kuala Gandah.

Gajah yang dipercayai datang dari kawasan Hutan Simpan Lenggor dan kehadirannya boleh mendatangkan masalah di Ladang Sindora serta kawasan kampung iaitu Kampung Ilham dan Kampung Sri Timur yang terletak berhampiran.

Usaha memindahkan gajah-

gajah ini telah pun selesai dilakukan dengan menggunakan dua lori dan dibantu dua ekor gajah denak sebelum ia dilepaskan ke Hutan

Endau Rompin," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Hasnan, pada Februari dan November tahun lalu, pihak-nya turut berjaya menangkap dua ekor gajah jantan di Kampung Sri Timur dan Bukit Tongkat, Kluang.

Beliau pada masa sama me-minta kerjasama semua pihak agar

memaklumkan kepada

Perhilitan berhubung sebarang aduan berkaitan hidupan liar agar tindakan segera dapat diambil pihaknya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar