{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Deanna Yusof rindu dunia lakonan

Posted:

Deanna Yusof rindu dunia lakonan

Deanna Yusof rindu dunia lakonan

SUDAH lama tidak bertemu dengan aktres Deanna Yusof. Bertemu dengannya baru-baru ini pada majlis pelancaran filem lakonannya, CEO di Cathay Cinelesure, Damansara, Selangor, orangnya masih sama. Masih mesra dan kaya dengan senyuman.

Walaupun sudah lama tidak bersua dengan pihak media, profesionalisme Deanna jelas kelihatan. Setiap soalan dijawab dengan penuh tertib.

Lebih 20 tahun bergelar anak seni, kali terakhir wajahnya ditonton di layar perak adalah pada tahun 2007 menerusi filem Chermin. Sejak itu, Deanna seperti menghilangkan diri selain dilihat tidak lagi aktif berlakon.

Katanya apabila diaju soalan berhubung kehilangannya daripada dunia seni sehingga ada yang menyangka dia telah berhijrah ke luar negara: "Saya masih ada di Malaysia, tidak ke mana- mana. Saya pelik apabila ada orang yang berjumpa saya bertanya tentang bila saya balik ke Malaysia?

"Bila masa pula saya berhijrah ke luar negara? Saya masih bekerja di Malaysia, cuma dalam tempoh dua tahun ini saya kurang mengambil tawaran berlakon. Mungkin sebab kurang keluar di televisyen dan akhbar menyebabkan orang ramai berfikiran begitu."

Disoal apakah yang dilakukan sepanjang dua tahun tidak aktif dalam dunia seni, jawab Deanna, selain sibuk dengan perniagaan, dia juga masih aktif sebagai pengacara untuk majlis korporat.

Jangan salah sangka, biar jarang muncul mempamer kredibilitinya sebagai seorang aktres berbakat, ironi dia masih mendapat tawaran berlakon. Namun, terpaksa ditolak memandangkan pada usia 47 tahun, Deanna mengaku dia lebih selektif dalam memilih karya dan watak.

"Memang saya ada dapat tawaran berlakon, malah sebelum ini saya sepatutnya berlakon dalam dua buah filem. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir filem itu terpaksa dibatalkan.

"Sudah tidak ada rezeki. Rindu untuk berlakon memang ada, cuma pada umur sekarang saya tidak boleh ambil semua tawaran. Saya tidak mahu membawa watak yang sama dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini," akuinya jujur.

Sungguhpun begitu, Deanna enggan berlakon dalam drama bersiri, sebaliknya hanya akan menerima tawaran untuk terbabit dalam telefilem dan filem sahaja.

"Saya bukan macam dahulu. Sekarang saya amat menjaga kesihatan dan sudah tidak larat untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama.

"Jika drama bersiri, tempoh masa bekerja lebih 12 jam sehari dan waktu penggambarannya memakan masa berbulan-bulan. Saya mempunyai komitmen kerja yang lain, disebabkan itu saya hanya menerima filem dan telefilem sahaja," akuinya.

SIKAP selektif menjadi punca Deanna jarang muncul sebagai pelakon kerana tidak mahu kelihatan klise dengan watak yang dibawakan.


Tambah wanita ini, dia tidak bimbang dilupakan peminat gara-gara dirinya terlalu selektif dalam memilih karya sehingga menyebabkannya jarang muncul di televisyen dan layar perak.

"Bagi saya, walaupun sudah lama tidak berlakon tetapi jika kita ada kualiti orang tetap akan ingat saya. Sama seperti filem Chermin dan CEO, pengarahnya memang mahukan saya membintangi filem mereka.

"Rezeki ada di mana-mana. Peminat juga begitu, jika mereka suka dengan lakonan saya walaupun watak itu kecil dan jarang muncul di televisyen serta filem, mereka tetap akan mengingati saya," tuturnya dalam senyuman.

Enggan tanggung risiko

Jika diukur pengalaman dan nama besar yang dimilikinya, tidak mustahil untuk Deanna menerbitkan filem seperti mana rakan-rakan seangkatan dengannya yang sudah memiliki syarikat produksi sendiri.

Bukan tidak mahu bergelar penerbit, namun dengan industri perfileman yang tidak menentu, Deanna mengakui dia tidak berani untuk menanggung risiko kerugian wang yang banyak.

"Ramai rakan yang menyarankan saya untuk buka syarikat produksi tetapi saya tidak berani ambil risiko yang terlalu besar. Saya tiada masalah untuk berlakon tetapi untuk bergelar penerbit tidak sama sekali," katanya.

Sedar dan tahu apa yang dialami penerbit filem tempatan menyebabkan Deanna kini bergelar Ketua Pengarah Eksekutif, Artisanal Asia Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengedar eksklusif bagi jenama coklat dari Switzerland iaitu Grand Jean Freres.

"Bukan mudah untuk menjadi penerbit dalam keadaan industri perfileman kita tidak kukuh. Masalah terbesar sekarang ini sukar membaca keinginan peminat filem untuk pihak penerbit menghasilkan filem yang boleh mencetuskan fenomena.

"Sebagai pelakon, saya cukup kagum dengan penerbit filem yang masih terus berjuang menghasilkan filem saban tahun walaupun dugaan untuk mereka sangat besar," jelasnya.

Selepas filem CEO, Deanna memberitahu, dia telah menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem. Bagaimanapun, dia masih merahsiakan butiran terperinci filem tersebut.

"Alhamdulillah, masih ada rezeki saya walaupun sudah ramai pelakon baharu. Selepas CEO, sudah ada pihak yang menawarkan filem kepada saya.

"Sekarang ini semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Jika semuanya telah sah, saya akan umumkan," ucapnya.

Tidak berkecil hati

Walaupun aktres ini memiliki nama yang besar serta tarikan yang kuat untuk penonton ke panggung wayang, bagaimanapun pada poster filem CEO, wajahnya langsung tidak kelihatan.

Pihak penerbitan hanya meletakkan wajah pelakon utamanya iaitu Remy Ishak, Beto Khusyairi dan Cristina Suzanne dengan alasan menggunakan konsep minimalis dan enggan mencampur aduk terlalu banyak gambar di poster filem arahan Razaisyam Rashid itu.

Deanna yang tersenyum saat diajukan soalan itu memberitahu, dia langsung tidak berkecil hati wajahnya tidak dipamerkan pada poster filem CEO, malah memahami tindakan pihak penerbitan.

"Saya bukannya pelakon utama kerana saya hanya muncul dalam lapan babak sahaja. Sebab itu, mereka (penerbit), tidak meletakkan wajah saya.

"Sejujurnya saya langsung tidak berkecil hati diberi hanya lapan babak dan wajah tidak muncul pada poster. Jika mereka letakkan wajah saya, seperti saya pelakon utama sedangkan tidak, itu telah menipu penonton," balasnya yang gembira dapat bekerjasama dengan pengarah baharu dalam filem CEO.

Ramai yang menganggap filem CEO merupakan filem kemunculan semula Deanna dalam industri lakonan tetapi hanya diberi lapan babak sahaja dilihat sesuatu yang merugikan.

"Alhamdulillah, walaupun hanya muncul dalam lapan babak sahaja tetapi watak sebagai seorang peguam yang jahat cukup membuatkan saya berpuas hati.

"Saya lebih rela berlakon dalam babak yang sedikit tetapi watak yang saya lakonkan diingati penonton.

"Ramai yang sangka filem CEO merupakan filem kemunculan semula saya tetapi tidak sebenarnya kerana saya tidak pernah berhenti berlakon," beritahu Deanna.

Rani Mukherjee sorok kahwin

Posted:

Rani Mukherjee sorok kahwin

Rani Mukherjee sorok kahwin


RANI MUKHERJEE bergelar isteri Aditya Chopra pada 21 April lalu.


AKTRES terkenal Bollywood, Rani Mukherjee akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 36 tahun bersama pengarah dan penerbit filem, Aditya Chopra pada 21 April lalu di Itali.

Namun, perkahwinan yang dinanti-nanti itu menjadi kontroversi apabila ia disembunyikan daripada pengetahuan pihak media, peminat dan juga rakan baik mereka sendiri.

Khabarnya, pasangan itu tidak menjemput seorang pun bintang Bollywood ke majlis bersejarah mereka kecuali pengacara, Karan Johar dan juga pereka tari, Vaibhavi Merchant yang merupakan teman rapat kepada Rani.

Sepupu Rani iaitu aktres Kajol juga meluahkan rasa terkejutnya kerana tidak menerima sebarang jemputan ke majlis tersebut.

Sikap Rani tidak menjemput Kajol telah menjadi buah mulut di Bollywood yang secara tidak langsung mengesahkan hubungan tidak baik antara mereka berdua.

Aktor terkenal, Shah Rukh Khan juga tidak menghadiri majlis itu, namun memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu menerusi akaun Twitter miliknya.

"Semoga Tuhan berkati rakan saya Rani dan Adi. Semoga kamu bergembira atas perkara yang kecil kerana akhirnya ia akan menjadi perkara yang lebih besar. Selamat bersatu dan salam sayang daripada saya," tulis Shah Rukh Khan.

Khabarnya, Rani dan Adi ke Itali untuk bercuti. Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di sana pada saat-saat akhir menyebabkan tiada sebarang persiapan dilakukan.

Hanya keluarga terdekat sahaja diterbangkan dari India ke Itali pada 19 April lalu. Menurut sumber terdekat Rani, perkahwinan mengejut itu dilakukan atas faktor kesihatan bapa Rani yang semakin merosot.

"Perkahwinan mereka diadakan secara kecil-kecilan di sebuah gereja di Itali. Tiada majlis yang gah, hanya sejumlah kecil pihak keluarga yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka berdua orang yang sukakan privasi dan mengimpikan sebuah majlis yang kecil daripada perkahwinan secara besar-besaran," kata sumber itu.

Permintaan terakhir Sidek Hussain

Posted:

Permintaan terakhir Sidek Hussain

Permintaan terakhir Sidek Hussain

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


MASALAH ketumbuhandi pipinya telah ditanggung oleh Sidek sejak 30 tahun lalu.


PELAKON veteran, Sidek Hussain yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak 30 Mac lalu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.55 malam, Ahad lalu.

Pemergian arwah yang berusia 63 tahun berpunca daripada penyakit kanser tahap empat yang sudah merebak ke bahagian otak, paru-paru, hati dan tulangnya.

Bagi generasi sekarang, mungkin arwah lebih dikenali sebagai satu-satunya pelakon yang tampil dengan ketumbuhan yang besar di pipinya tetapi Sidek sebenarnya merupakan antara pelakon lelaki yang cukup hebat sekitar tahun 70-an.

Dilahirkan pada 19 Ogos 1951 dan berasal dari Kuang, Selangor, arwah mula tampil di kaca televisyen apabila berlakon dalam drama bersiri Hujan Batu Di Rantau pada tahun 1972.

Selain sudah membintangi lebih 100 buah drama sepanjang hayatnya, arwah turut tampil di layar perak menerusi filem-filem seperti Kisah Seorang Biduan, Potret Maria, Bintang Malam, Orang Minyak dan Paku Pontianak.

Memiliki lima orang anak – Khairul Nizam, 37, Siti Hajar, 34, Umi Kalsom 33, Siti Mariam, 29 dan Mohd. Adam, 26, namun tiada seorang pun anak arwah yang mengikut jejak langkahnya.


SALAH satu babak membabitkan Sidek dalam filem Toyol yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1981.


Isterinya, Sebiah Sulaiman, 61, berkata, semasa hayatnya, arwah memang tidak menggalakkan anak-anaknya untuk berkecimpung dalam dunia seni.

"Sebenarnya arwah ada memberitahu yang dia tidak mahu kesemua anaknya itu mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon dan lebih gemar mereka berkecimpung dalam bidang yang lain.

"Jadi, tiada seorang pun anak-anaknya yang mahu mencuba menjadi pelakon.

"Lagipun arwah seorang yang tegas di rumah dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak," ujarnya ketika ditemui semasa pengebumian Sidek di di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Selangor semalam.

Ketika ditanya tentang permintaan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Sebiah memberitahu, suaminya itu ada berpesan supaya dikebumikan di tempat kelahirannya iaitu di Kuang.

Ujarnya, semasa hayat juga arwah pernah meluahkan keinginannya untuk menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan akhirnya ia direalisasikan setelah ada individu yang tampil dengan menaja keseluruhan kos mengerjakan umrah pada tahun lalu.

"Ketika itu dia berasa cukup gembira kerana ada pihak yang sudi menajanya. Cuma, selepas pulang daripada mengerjakan umrah, dia sudah tidak lagi berlakon atas permintaannya sendiri," jelasnya.


KALI terakhir Sidek tampil di layar perak ialah menerusi filem Paku Pontianak yang diterbitkan oleh Metrowealth pada tahun lalu.


Kehilangan besar

Sewaktu pengebumian Sidek, turut kelihatan ramai rakan artis yang meluangkan masa untuk hadir seperti Datuk Baharuddin Omar, Nasir Bilal Khan, Nash, Abu Bakar Omar, Datuk DJ Dave dan Omar Abdullah.

Pelakon veteran, Baharuddin, 78, atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki ketika ditemui berkata, dia berasa sedih atas kehilangan rakannya itu yang sudah dikenali sejak tahun 70-an.

"Ketika itu saya dan arwah sama-sama membintangi drama bersiri yang cukup popular di RTM suatu ketika dahulu, Anjang Aki. Dalam drama tersebut saya memegang watak utama manakala arwah pula sebagai anak saudara saya.

"Walaupun dia memegang watak sebagai gengster kampung tetapi lakonan yang ditampilkannya sangat bagus serta memberi impak kepada drama itu sendiri," luahnya.

Menurutnya, dengan pemergian arwah sudah tentu ia merupakan suatu kehilangan yang sangat besar dalam dunia lakonan dan dia melihat bahawa arwah memang dilahirkan untuk menjadi seorang pelakon.

"Sudah tentu ini merupakan satu peristiwa yang sangat menyedihkan apabila dia meninggal dunia.

"Biarpun dia berhadapan dengan masalah ketumbuhan di pipinya tetapi dia seorang pelakon yang sering memberikan komitmen," ujarnya yang sempat bertemu Sidek sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat