{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Tertekan sesak berterusan

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Masalah kekurangan tempat letak kereta di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri antara faktor utama pengguna menjadikan bahu-bahu jalan untuk meletakkan kenderaan.

KUALA LUMPUR 29 April - Kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta di sekitar Bandar Sri Permaisuri di sini bukanlah baru. Kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan secara berlapis sehingga menyebabkan aliran trafik perlahan bukan lagi pemandangan luar biasa.

Masalah itu sudah sekian lama dihadapi dan memberi tekanan kepada penduduk serta pengunjung yang sering berurusan di premis dan bangunan pejabat di kawasan itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang langkah penyelesaian diambil pihak bertanggungjawab, malah keadaan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan pembangunan bercampur itu mendapati kesesakan bukan sahaja berlaku pada waktu puncak iaitu pagi dan petang, bahkan pada waktu tengah hari.

Berdasarkan kepada pemerhatian, rata-rata pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan mereka secara berlapis dan di bahu-bahu jalan terutamanya di sepanjang Jalan Seri Permaisuri 1 dan 6.

Difahamkan, kebanyakan pemilik kenderaan merupakan penghuni yang tinggal di pangsapuri berhampiran.

Keadaan semakin meruncing pada waktu malam apabila bangunan yang menempatkan restoran dan pusat hiburan mula menjadi tumpuan pengunjung.

Seorang peniaga, Zambri Zubir, 33, berkata, masalah yang berlaku sejak lebih tiga tahun lalu itu hanya dapat diatasi sekiranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina tempat meletak kenderaan tambahan di kawasan berhampiran.

Tempat letak kereta sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah kenderaan. Lebih-lebih lagi setiap penghuni di sini mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga buah kereta.

Sudah tentu sukar bagi mereka untuk meletakkan kenderaan di petak di kawasan pangsapuri masing-masing kerana hanya diperuntukkan satu petak.

Masalah tersebut menyebabkan kesesakan yang teruk akibat penghuni dan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di bahu dan atas jalan raya," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Hispani Mohd. Adam, 34, kecewa kerana masalah itu masih belum dapat diatasi sehingga kini.

Dia yang tinggal di Pangsapuri Cemara itu mengakui terpaksa membazirkan masa antara 10 hingga 15 minit di tempat letak kereta kerana kenderaannya dihalang.

Apa pilihan yang saya ada selain terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan. Walaupun ia mungkin berisiko, sekurang-kurangnya tidaklah saya tertekan untuk mencari tempat letak kenderaan," katanya.

Sasar KL bebas sampah haram

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

KEWUJUDAN tapak-tapak pembuangan sampah haram menyebabkan masalah kebersihan dan menjejaskan imej Kuala Lumpur di mata pelancong asing.

PETALING JAYA 29 April - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas daripada pembuangan sampah haram menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, buat masa ini, PPSPPA telah mengenal pasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.

Perbadanan akan menggunakan pendekatan bersih, meletakkan amaran dan kawalan bagi mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Transformasi Minda Masyarakat anjuran PPSPPA di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan itu terbukti berkesan dan dalam tempoh dua bulan sahaja pihaknya berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri sifar sampah haram.

Katanya, sehubungan itu masyarakat perlu mengubah persepsi mereka terhadap penjagaan alam sekitar.

Perubahan sikap, mentaliti dan tanggungjawab perlu diterapkan di dalam jiwa setiap individu supaya matlamat ke arah peningkatan kualiti alam sekitar dapat dicapai," katanya.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada program di bawah Pelan Strategik PPSPPA 2014-2020 yang dirangka bagi mencapai visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa bersih dan sejahtera menjelang 2020.

Ab. Rahim berkata, bengkel itu disertai 45 pakar dari pelbagai bidang antaranya dalam pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan dalam bidang sosial.

Bengkel itu juga adalah pertama seumpamanya diadakan di Malaysia bagi tujuan mengubah minda masyarakat kepada minda kelas pertama. - BERNAMA

DBKL janji siasat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjanji menyiasat punca sebenar kejadian banjir kilat yang sering berlaku di terowong Jalan Chan Sow Lin berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) dekat sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ini termasuk kemungkinan ia berpunca daripada sistem perparitan dan saliran yang gagal berfungsi dengan sempurna.

Jika benar paras air meningkat mendadak akibat perparitan dan saliran, pihak DBKL akan meneliti semula sistem tersebut dan mengkaji prosedur terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.

Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL akan dikerah ke kawasan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung kejadian banjir kilat yang mengakibatkan dua buah kereta jenis Toyota Estima dan Proton Iswara tenggelam di terowong Jalan Chan Sow Lin ekoran hujan lebat selama satu jam.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal memberitahu, siasatan akan turut dilakukan sama ada masalah tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kenderaan-kenderaan berat yang kerap menggunakan jalan berkenaan.

Segala kemungkinan akan disiasat bagi menyelesaikan masalah ini lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar