{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


KPDNKK rampas lori, diesel subsidi

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanmelaka@utusan.com.my

MD Arifin Baharin (kiri) menunjukkan sebuah lori dipercayai menyimpan 300 liter diesel subsidi yang ditahan dan dirampas oleh PPDNKK di Bukit Gambir, Ledang, Johor, semalam.

MUAR 28 April - Taktik satu sindiket menjual diesel bersubsidi dengan menggunakan lori membawa air batu berjaya dibongkar selepas kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan oleh sepasukan polis di sebuah stesen minyak di pekan Bukit Gambir, Ledang dekat sini, semalam.

Lori tersebut ditahan kira-kira pukul 6.30 petang selepas pemandunya yang berusia 27 tahun dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua PPDNKK daerah, Md. Arifin Baharin berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori itu mendapati terdapat 300 liter diesel bersubsidi bernilai RM600 disimpan di dalam tangkinya yang telah diubah suai.

"Kita juga mendapati tangki yang telah diubah suai itu boleh memuatkan 1,000 liter diesel," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Md. Arifin, pihaknya percaya, pemandu lori tersebut akan berhenti di beberapa stesen minyak untuk mengisi diesel bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ujarnya, minyak tersebut kemungkinan akan diedarkan kepada pengusaha kilang sekitar daerah ini dan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.

"Keseluruhan rampasan termasuk lori dan minyak diesel dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun," katanya.

Utama kesihatan, keselamatan tapak pembinaan

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

OMAR Mat Piah (kiri) menunjukkan perancah yang dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk pekerja sambil diperhatikan oleh Koh Moo Heng sempena majlis Pelancaran Kempen Cegah Jatuh di Tapak Projek The Seed, Taman Sutera, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 28 April - Pemain industri pembinaan di Johor dinasihati untuk sentiasa mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan di tapak binaan berikutan terdapat lima kes kematian dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini akibat insiden jatuh.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Omar Mat Piah berkata, jumlah tersebut amat membimbangkan memandangkan negeri ini khususnya di Johor Bahru sedang mengalami kerancakan proses pembinaan pelbagai bangunan baharu.

"Berdasarkan statistik diperoleh terdapat 11 kematian di tapak pembinaan dan 10 daripadanya adalah disebabkan sama ada pekerja terjatuh daripada tempat tinggi atau peralatan jatuh mengenai pekerja.

"Dalam tempoh empat bulan tahun ini, sudah terdapat enam kes kematian dan lima daripadanya adalah daripada insiden jatuh," katanya dalam majlis Pelancaran Kempen Cegah Jatuh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kimlun Sdn. Bhd., Firdaus Saif dan Timbalan Pengarah Urusan Tanah Sutera Development Sdn. Bhd., Koh Moo Heng.

Kempen Cegah Jatuh yang diadakan tersebut merupakan antara langkah diambil JKKP Johor dalam memberikan kesedaran kepada pemain industri pembinaan untuk mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan berkaitan insiden jatuh.

Menurut Omar lagi, buat waktu ini terdapat lebih daripada 600 tapak binaan aktif di Johor dan kira-kira 75 peratus daripada jumlah tersebut berada dalam daerah Johor Bahru.

"Selain daripada mengadakan kempen kesedaran berhubung isu kesihatan dan keselamatan di tapak binaan, JKKP juga menjalankan pemeriksaan rutin, siasatan serta tugas-tugas audit.

"Tujuan utama bukan untuk menghukum mana-mana pemaju dan syarikat kontraktor yang didapati bersalah, tetapi kami mahu menimbulkan kesedaran terhadap aspek terbabit," ujarnya.

Petekma Johor lancar aplikasi 'Johorcab'

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

NUSAJAYA 28 April - Pertubuhan Pemandu Teksi dan Pengusaha Teksi/Limousin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Johor bakal memperkenalkan aplikasi Johorcab bagi memudahkan membuat tempahan perkhidmatan teksi melalui telefon pintar Jun ini.

Pengerusinya, Jefry Jaafar berkata, penggunaan aplikasi yang pertama di Johor tersebut bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi dengan cepat.

"Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ini memaparkan wajah pemandu teksi setelah selesai membuat tempahan perkhidmatan teksi.

"Pengguna juga boleh memilih pemandu teksi yang mereka mahu dan boleh membatalkan tempahan yang dilakukan dalam aplikasi itu dengan mudah tanpa dikenakan sebarang caj," katanya di pejabat Petekma di Gelang Patah dekat sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat