{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Awanama

Utusan Online - Feminin


Kongsi rahsia kecantikan

Posted: 28 Apr 2014 11:54 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD NAZIR MOHAMED

Ruan g menunggu yang selesa di Red Kebaya Spa di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor.

KECANTIKAN tidak dapat lari daripada perkara yang menjadi keutamaan wanita kerana ia memberikan kegembiraan serta keyakinan diri.

Oleh itu, wanita sentiasa mencari sumber kecantikan dan tidak akan jemu berusaha untuk menambah kecantikan wajah mahupun tubuh badan.

Peneraju kecantikan dan kesihatan wanita, Spa Red Kebaya juga prihatin kepada kesihatan dan kecantikan pelanggan yang mendapatkan rawatan di spa tersebut.

Sejak beropersi tiga tahun lalu, spa ini sentiasa mencari idea dan pengetahuan terbaru mengenai kecantikan dan kesihatan untuk dikongsi bersama dengan pelanggan.

Seperti spa-spa yang lain, ia turut menyediakan perkhidmatan dan rawatan untuk muka, badan dan pakej istimewa untuk pengantin.

Rawatan muka di sini bermula dengan bayaran serendah RM45 bagi rawatan muka biasa hingga ke RM230 bagi rawatan muka pencerahan.

Bagi rawatan spa badan, banyak yang boleh dipilih oleh pelanggan seperti urutan merehatkan badan, urutan tradisional, skrub badan dan sebagainya.

Spa ini turut menyediakan rawatan spa Miss V atau tangas, mandian aura, mandian susu dan bunga serta rawatan kuku dan membuang bulu roma.

Pemilik spa, Norain Zainal berkata, spa ini yang khusus untuk wanita sahaja turut menyediakan rawatan pakej untuk lima orang pada harga RM599.

Pelanggan boleh memilih di antara tiga pakej yang disediakan iaitu pakej A terdiri daripada rawatan untuk mencerah dan menegangkan kulit, manakala pakej B pula ialah mandian sauna, skrub seluruh badan dan masker pencerahan untuk seluruh badan. Pakej C ialah sauna dan urutan merehatkan badan selama satu jam.

"Selain itu kami juga menyediakan beberapa pakej lain lagi dan yang paling mahal ialah pakej berlian yang terdiri daripada suntikan enzim 12 kali, pelangsingan sebanyak enam kali dan sauna percuma untuk selama dua bulan.

" Kesemua rawatan dalam pakej ini berharga RM2,599," katanya.

Ditemui di spanya di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Norain berkata, pelanggan juga tidak perlu bimbang dengan rawatan yang diberikan kerana Spa Red Kebaya mempunyai tiga orang ahli terapi terlatih yang mempunyai diploma dari akademi kecantikan.

Mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India, Norain turut mempunyai pelanggan berbangsa Inggeris yang mahu mendapatkan rawatan secara moden dan tradisional.

Ini kerana katanya, selain daripada rawatan moden yang disediakan di spa, dia juga berminat dengan rawatan secara tradisional yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang.

Tidak cukup dengan kursus kecantikan yang diikuti dan pengetahuan melalui pembacaan buku, Norain sanggup bertanya kepada tukang-tukang urut tradisional, bidan dan pembuat jamu tradisional bagi menggali cara-cara orang terdahulu dalam menjaga kecantikan dan kesihatan.

Pengetahuan yang diperoleh mahu dikongsi bersama dengan orang lain khususnya pelanggan.

Justeru itu, beliau akan mengadakan bengkel di spa seperti bengkel imej, intimasi, rawatan muka, badan, rawatan dalam pantang, kursus untuk mereka yang ingin membuka spa, kenali jenis kulit, mekap asas dan banyak lagi.

Biasanya saya akan memberitahu pelanggan saya jika saya akan mengadakan kursus dan menjemput mereka untuk menyertai. Walaupun hanya untuk beberapa orang pelanggan atau seorang, saya tetap akan adakan.

" Tidak rugi menyertai kursus yang diadakan ini kerana selain saya yang akan menjadi pengajar, saya juga menjemput orang lama dalam kesihatan tradisional wanita untuk turut memberikan nasihat," ujar Norain yang turut membuka cawangan di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor.

Menyediakan enam buah bilik rawatan yang dilengkapi dengan peralatan rawatan spa moden, suasana di dalam spa tenang dan mendamaikan.

Tidak memilih konsep Bali yang menjadi pilihan kebanyakan spa, Norain lebih mementingkan keselesaan pelanggan yang mendapatkan rawatan.

Katanya, kebiasaannya pelanggan akan terlelap semasa rawatan dan ini menunjukkan mereka berasa selesa dan tidak terganggu dengan alunan muzik yang adakalanya bukan menenangkan tetapi mengganggu konsentrasi minda.

Beliau turut memberitahu bahawa akan mengadakan Bengkel Intim Intimasi Harmoni Rumahtangga pada 4 Mei nanti bermula pukul 10 pagi.

Bayaran yang dikenakan cuma RM50 seorang. Sesiapa yang ingin menyertai bengkel ini bolehlah lawati www.redkebayaspa.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar