Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
50 cedera dalam kejadian letupan di China Posted: 30 Apr 2014 10:47 AM PDT BEIJING 1 Mei - Sekurang-kurangnya 50 orang cedera selepas berlaku kejadian letupan di stesen kereta api Urumqi semalam, kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia). Seorang pegawai berkata, kebanyakkan mereka yang cedera berada berhampiran beberapa buah bagasi yang ditinggalkan di antara pintu keluar stesen dan stesen bas. Anggota polis yang dikerahkan ke tempat kejadian bertindak mengosong dan mengepung stesen kereta api berkenaan. Kejadian tersebut turut menyebabkan beberapa perjalanan kereta api yang di jadual turut ditunda. - DPA |
10 kanak-kanak antara korban serangan udara tentera Syria Posted: 30 Apr 2014 10:45 AM PDT ALEPPO 1 Mei - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dengan 10 daripadanya adalah kanak-kanak, selepas tentera rejim Bashar al-Assad melancarkan serangan udara di kawasan penempatan penentang kerajaan di daerah Ansari, utara Aleppo. semalam. Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, seorang guru terbunuh dalam kejadian itu, dengan kebanyakan kanak-kanak yang terbunuh berusia dalam lingkungan umur 12 ke 13 tahun. Kawasan tersebut sering menjadi sasaran tentera kerajaan untuk melakukan serangan udara dengan mengugurkan tong yang dipenuhi bahan peledak sejak Disember tahun lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |