{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Tip kekeluargaan Che Amran

Posted:

Tip kekeluargaan Che Amran

Tip kekeluargaan Che Amran

Oleh HAFIZ AHMAD

GAYA penulisan yang ringkas menjadikan buku karya Che Amran mudah difahami pembaca.


DALAM lambakan novel-novel berkisahkan perjalanan ranjau berduri pasangan kekasih, masih ada lagi permintaan buku berpaksikan ilmiah dan keagamaan sebagai mengisi kekosongan jiwa yang hakiki.

Mengambil cebisan peluang yang ada, Che Amran Idris, 45 mengumpul cerita dan pengalaman menjalani tanggungjawab sebagai ketua keluarga ke dalam buku-buku hasil nukilannya.

Ia disimpul kemas dengan paduan kisah daripada sang isteri, Isyah Radiah Idris, 39, yang menjadi tunjang penting kepada sembilan orang anak mereka.

"Semuanya bermula apabila mendapat berita bahawa anak ketiga kami menghidap kanser otak. Bertitik tolak dari detik genting itu, saya dan isteri bersetuju untuk membukukan catatan-catatan harian kami dalam buku pertama bertajuk, Anakku Brain Tumor.

"Tanpa disangka, ia mendapat sambutan dan respons yang baik membuatkan kami terus menghasilkan buku-buku berteraskan kekeluargaan mengikut syariat Islam," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Genre tersebut dipilih memandangkan ia dekat dengan diri ahli kumpulan nasyid terkenal, Raihan itu. Malah portfolio yang kukuh dalam bidang keagamaan dan pendidikan dijadikan asas kepada idea-idea penulisannya.

Bertunaskan kemahiran yang ada, Che Amran kini telah menghasilkan tiga buku lain iaitu, Mudahnya Dapat A, Nikmatnya Sakit Bersalin dan Mudahnya Ajar Anak Solat. Kesemuanya diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Menghasilkan sesebuah naskhah baharu, Che Amran banyak berbincang dengan isterinya dalam memilih tajuk bersesuaian agar ia mendapat manfaat dan dijadikan sumber rujukan kepada pembaca.

"Sebagai contoh, buku Nikmatnya Sakit Bersalin ditulis selepas menyedari kurangnya bahan bacaan untuk kaum ibu mengandung yang mengikut syariat Islam. Disebabkan itu, kami cuba memberikan panduan kepada mereka mengenai adab-adab ketika mengandung dan bersalin," ujar Che Amran.

Doa ringkas

Ia tidak hanya sesuai untuk golongan wanita mengandung, malah boleh dibaca oleh suami melalui tip dan petua penjagaan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu, diselitkan juga doa-doa ringkas untuk diamalkan.

Begitu juga dengan buku baharunya, Mudahnya Ajar Anak Solat yang khusus untuk ibu bapa dalam mengajar anak-anak mereka bersolat bermula dari awal sehingga dewasa. Ia secara terperinci membincangkan cara-cara mendidik dengan lebih seronok dan menarik.

"Mempunyai sembilan orang cahaya mata pastinya setiap mereka mempunyai sifat peribadi yang berbeza. Teknik dan pendekatan yang berlainan diambil bagi mendidik mereka mengenai kepentingan solat. Kaedah-kaedah tersebut kami huraikan satu per satu dalam buku setebal 184 muka surat ini," jelasnya.

Menurut anak kelahiran Pas Mas, Kelantan itu, buku-buku tulisannya merupakan satu wadah kepada perkongsian ilmu kepada pembaca. Pada masa sama, ia juga sebagai usaha dakwah bagi menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam hidup seorang muslim.

"Dalam perkembangan teknologi maklumat, masih ramai yang lagi mendambakan buku-buku dalam genre keagamaan. Secara tidak langsung, ia dapat mengembangkan lagi dakwah Islam kepada pembaca," jelas beliau.

Bagi mendapatkan buku-buku tulisan Che Amran, layari www.galeriilmu.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sajian taraf hotel di Saji

Posted:

Sajian taraf hotel di Saji

Sajian taraf hotel di Saji

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

SUSUN atur meja dan kerusi di restoran itu biasa sahaja. Malah penggunaan payung, hiasan lilin di atas setiap meja tanpa sebarang dekorasi khusus juga meletakkan ia dalam kelompok warung tempatan standard.

Namun penilaian luaran itu sangat tidak wajar untuk Restoran Saji. Meskipun tidak gah dari segi bangunan, ia cemerlang dalam penyediaan, kualiti dan kuantiti setiap hidangan.

Sejak dibuka enam tahun lalu, Saji menjadi bualan penduduk di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Lokasinya di Kompleks Jeti Pelancongan, Kuah juga menjadi kelebihan buatnya dari sudut nilai pemandangan alam.

"Saji berlatarbelakangkan Dataran Helang dan menjelang senja, restoran kami penuh dengan pelancong asing yang ingin menyaksikan detik matahari terbenam," kongsi pemilik restoran itu, Mohd. Nasir Mustafa.

Sebagai bekas chef di sebuah resort bertaraf lima bintang selama hampir 15 tahun, Nasir bijak mengadaptasi pengalamannya bagi menghasilkan sajian eksklusif yang berpatutan.


STIMBOT yang disediakan Saji kini menjadi tarikan hangat.


Menu berkonsep Continental merangkumi makanan laut dan barat menjadi identiti Saji. 90 peratus hidangan di Saji diubahsuai daripada resipi hotel. Justeru, tidak mustahil pelanggan dapat menemui menu kreatif menyelerakan yang tidak diperoleh dari restoran tempatan lain.

Kupang yang ditabur sos barbeku antara menu wajib dicuba pelanggan. Sos barbeku hidangan istimewa itu dihasilkan sendiri Nasir menggunakan rempah Cajun.

Tarikan terkini Saji ialah stimbot. Sajian yang kebiasaannya disediakan restoran Cina itu mendapat sambutan luar biasa pelanggan termasuk pelancong dari China. Tidak ketinggalan, ketam atau udang karang yang dimasak bersama serbuk kari yang turut mendapat permintaan tinggi.

Restoran yang mampu memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa itu juga menawarkan variasi stik pada harga rendah. Stik daging batang pinang misalnya boleh dinikmati hanya pada harga RM24.

Pilihan sajian barat lengkap juga ditawarkan meliputi pembuka selera yang terdiri daripada tiga jenis salad, sup, sajian utama dengan lapan pilihan dan pencuci mulut istimewa berupa tapai ais krim atau penkek ais krim.

KUPANG bersama sos barbeku ini antara hidangan yang wajib dicuba.


Nasi bujang senang

Mereka yang berselera Melayu pula disarankan mencuba kerabu perut. Saji berjaya mengimbangi keseragaman saiz hirisan dan kelembutan tekstur perut yang disediakan. Dua kesepadanan ini sering gagal ditampilkan kebanyakan restoran tempatan.

Begitupun, bintang menu tempatan di Saji ialah nasi bujang senang. Sajian ringkas itu terdiri daripada set nasi putih bersama sambal belacan, daging rebus, sup dan telur dadar. Menariknya, sup yang disediakan merupakan air daripada rebusan daging pelanggan tersebut.

Bagi mengikis kebiasaan memesan sayur-sayuran seperti kailan ikan masin atau kangkung belacan, Saji menambah seleksi sayuran buat pelanggan mereka. Brokoli bersama cendawan hitam dan kupang abalone antara menu sihat yang menerima pujian ramai.

Tidak lengkap jelajah gastronomi anda di Saji jika tidak menikmati minuman lassi buah-buahan. Sama ada anda memilih lassi mangga, kiwi atau pisang, kepekatan dan kemanisan minuman itu pasti melegakan dahaga.

"Lassi buah-buahan kami dihasilkan menggunakan lebihan buah yang dikisar pada awal pagi untuk dijadikan jus. Ia kemudiannya dikisar sekali lagi bersama yogurt, susu cair dan ais," terang Nasir, 39, ketika ditemui Kosmo! di restorannya pada

Dua variasi haruman Downy

Posted:

Dua variasi haruman Downy

Dua variasi haruman Downy


DIANA (kiri), Farid dan Jone pada majlis pelancaran teknologi terbaharu pelembut fabrik, Downy Parfum di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BAGAI mimpi menjadi kenyataan, hanya dengan beberapa gosokan dan geseran, baju yang dipakai menghasilkan lebih daripada dua bau berbeza.

Teknologi terbaharu daripada jenama pelembut fabrik popular di Malaysia, Downy Parfum kembali menemui pelanggan setia dengan suntikan teknologi kapsul mikro wangi (PMC) berkeupayaan menghasilkan dual variasi bau.

Pengurus Komunikasi P&G Malaysia, Goh Seng Jone berkata, Downy kini membawa inovasi terbaharu dalam barisan produknya dengan teknologi penukaran bau.

"Melalui teknologi ini ia akan menjadikan setiap sentuhan sebuah pengalaman yang sangat berbeza dengan pertukaran bau yang unik dan menyegarkan.

"Pengguna Downy Parfum dengan PMC ini amat sesuai bagi masyarakat yang peka terhadap fesyen dan mementingkan penampilan diri melalui haruman yang menambat hati.

"Teknologi PMC berfungsi apabila pelembut fabrik Downy Parfum meninggalkan partikel-partikel kecil yang melekat pada fabrik dan menghasilkan rangkaian bau berbeza melalui rangsangan pergerakan pada pakaian," katanya ketika ditemui pada sidang media di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memilih pasangan suami isteri aktor dan aktres popular Farid Kamil dan Diana Danielle, mereka merupakan testimoni terawal menggunakan produk itu, ternyata berpuas hati.

Wangian khas

Diana yang mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sering 'bertelagah' manja apabila suaminya mendakwa dia sengaja menyembur wangian khas pada setiap pakaiannya.

"Saya dan Farid jatuh cinta dengan rangkaian Downy Parfum Passion kerana baunya yang lembut.

"Sebagai isteri, saya sentiasa mahu memastikan penampilan Farid sentiasa segak dan harum sepanjang masa.

"Setiap kali selepas basuhan, Farid sering bertanya sama ada saya menyembur haruman di pakaiannya. Walhal, saya hanya menggunakan Downy Parfum Passion," katanya sambil menjeling manja terhadap suami tercinta.

Farid sendiri akui, selesa dengan haruman Downy Parfum apatah lagi dengan teknologi PMC ia memberikan kelebihan kepada Farid yang sentiasa aktif.

"Apa sahaja produk yang isteri guna, saya pasti suka. Downy Parfum mengeratkan hubungan cinta antara kami," ujarnya tersipu malu. Pasangan tersebut turut terbabit dalam jangka promosi Downy Parfum sepanjang April hingga Mei.

Antara program tersebut termasuk sesi ramah mesra bersama peminat selain menggunakan laman sosial masing-masing bagi memperkenalkan Downy Parfum teknologi PMC.

Mereka juga terbabit dalam kaji selidik bertajuk Lelaki tidak peka terhadap wanita oleh Clozette yang membincangkan isu kepekaan lelaki terhadap wanita selepas janji temu pertama.

Selain koleksi Downy Parfum Passion yang menjadi pengikat kasih antara Farid dan Diana, Mystique, Innocence dan Happiness telah berada di pasaran sejak April ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat