{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Ramai Cina tidak tahu SPRM

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

MOHAMAD Hassan (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada 535 murud-murid SJKC Kuo Min sempena Majlis Pelancaran Kempen Wira Antirasuah di SJKC Cina Kuo Min di Seremban, Negeri Sembikan, kelmarian.

SEREMBAN 28 April - Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan program dan maklumat berkaitan kesedaran mengenai rasuah yang dianjurkan jabatan itu tidak mencapai objektif, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Pengarah SPRM negeri, Mohamad Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata, sebelum ini banyak program yang dibuat oleh suruhanjaya itu dikendalikan dalam bahasa Melayu akibat kekurangan pegawai yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Banyak mesej program SPRM tidak sampai kepada masyarakat Cina. Malah kajian yang dilakukan tahun lalu turut menunjukkan ada di antara mereka (kaum Cina) yang tidak tahu apa itu SPRM.

"Kita juga kekurangan pegawai SPRM berbangsa Cina yang boleh bertutur bahasa Mandarin. Di Seremban, kita hanya ada seorang pegawai sahaja (berbangsa Cina)," katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Wira Antirasuah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Min, di sini semalam.

Yang turut hadir, Guru Besar SJKC Kuo Min, Pang Kee Khong.

SJKC Kuo Min merupakan sekolah pertama di negeri ini yang menjadi perintis bagi program Wira Antirasuah yang dilancarkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Februari lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, pihaknya memilih sekolah rendah untuk mengadakan program tersebut kerana pendidikan dan pengetahuan berkaitan rasuah adalah penting berbanding tindakan pencegahan.

"Kita mahu merakyatkan SPRM. Kita pergi kepada yang asas dahulu iaitu murid sekolah rendah. Kita tanamkan sifat-sifat murni seperti jujur sebab itu adalah asas integriti dan pembentukan sifat peribadi seseorang untuk membenci rasuah," katanya.

Ujar Mohamad, antara pengisian program Wira Antirasuah ialah mengedarkan buku penerangan berkaitan rasuah, borang akujanji dan borang kajian kepada ibu bapa serta guru.

Tambahnya, pelajar yang menjadi Rakan Antirasuah akan dibawa ke ibu pejabat suruhanjaya itu bagi melihat galeri, bilik temu bual bervideo (VIR) dan lokap tahanan sebagai pendedahan supaya mereka menjauhi jenayah itu.

"Program ini akan berterusan dan dikembangkan ke sekolah-sekolah Cina yang lain sehingga ia mencapai matlamat," katanya.

Pada majlis itu, seramai 535 murid SRJC Kuo Min mengambil bahagian.

SSRC Parlimen Jasin satukan komuniti

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

JASIN 28 April - Kelab Sukan dan Rekreasi (SRCC) Parlimen Jasin yang ditubuhkan Pemuda UMNO bahagian itu mampu menyemarakkan aktiviti sukan tempatan dan mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira fahaman politik.

Presiden SRCC Parlimen Jasin, Imanuddin Ab. Aziz berkata, penubuhan kelab itu juga merupakan usaha mendekati masyarakat terutamanya golongan muda untuk bergiat aktif dalam sukan di samping membudayakan cara hidup sihat.

"Kelab ini diwujudkan untuk menarik minat orang ramai di kawasan Parlimen Jasin untuk sama-sama bergiat aktif dalam sukan tanpa menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai satu halangan.

"Kita juga mahu menjadikan sukan sebagai medium menyatupadu dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mencungkil bakat-bakat baharu yang mempunyai berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian SRCC Parlimen Jasin dan Pertandingan Dart Tertutup Peringkat Bahagian oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad dan ADUN Merlimau, Roslan Ahmad.

Bapa tunggal besarkan 3 anak termasuk seorang OKU

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

REMBAU 28 April - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib seorang bapa tunggal, Shamsul Baharin Shamsuddin, 47, yang terpaksa membesarkan tiga anak lelakinya, termasuk kembar berusia tujuh dan lapan tahun bersendirian.

Lebih membebankan, salah seorang daripadanya, Muhammad Shami yang berusia lapan tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) akibat masalah saraf selepas diserang demam panas sejak berusia setahun manakala kembarnya, Mohd. Shahir pula hiperaktif.

Rutin harian Shamsul Baharin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berubah sejak bergelar bapa tunggal pada tahun 2012.

"Pada hari biasa, saya akan menghantar mereka ke sekolah (kecuali Muhammad Shami) manakala di sebelah malam, mereka bertiga akan dijaga oleh pengasuh dengan upah RM800 sebulan.

"Saya hanya bekerja syif malam memandangkan pada waktu siang saya perlu mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Angsamas, Mambau di sini semalam.

Jelas Shamsul Baharin, kehidupan mereka semakin terhimpit apabila Muhamad Shami mengalami penyakit berkaitan usus tahun lalu menyebabkan dia memerlukan penjagaan rapi.

"Anak kedua saya ini tidak boleh menjamah makanan pejal kecuali sup atau bubur selain perlu memakai lampin pakai buang.

"Dia yang tidak boleh bercakap hanya menangis apabila lapar dan sakit, kadang-kadang anak bongsu saya (Mohd. Shahril) juga banyak bantu saya memahami kerenah kedua-dua abangnya," katanya.

Menurut bapa berkenaan, pendapatan yang diperoleh sebanyak RM1,400 sebulan itu sememangnya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka empat beranak.

"Selain upah mengasuh, saya perlu membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan. Adakalanya adik-beradik saya ada menghulurkan bantuan (kewangan) tetapi sampai bila saya perlu mengharapkan mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat