{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Daging: Kedah mohon AP tambahan

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

MUKHRIZ Tun Mahathir (kanan, sekali) mengambil tempat bersama Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Suraya Yaakob sempena persidangan Dewan Undangan Negeri keempat Penggal Pertama Negeri Kedah di Wisma Darul Aman , Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 28 April - Kerajaan negeri Kedah akan memohon permit import (AP) tambahan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan daging lembu dan kambing mencukupi ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, AP tambahan itu akan diberikan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (LPPK) negeri.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebenarnya telah bersiap sedia untuk mengeluarkan AP tambahan untuk memastikan bekalan lembu dan kambing mencukupi pada musim hari raya nanti.

"Kita sedang bincang untuk mohon AP tambahan ini untuk diberikan kepada LPPK negeri agar ia dapat membantu memastikan bekalan mencukupi dan menambah ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Azam Samat (Pas- Sungai Limau) pada Mesyuarat Kali Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu Suraya memberitahu, Dasar Penternakan Negeri Kedah adalah selari dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Agromakanan Negara.

"Sehingga kini Kedah telah mencapai tahap sara diri sebanyak 14.9 peratus bagi komoditi lembu; 13.5 peratus kerbau; 25.9 peratus kambing; 30.4 biri-biri; ayam 110 peratus dan telur 92 peratus," jelasnya.

Katanya, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menggerak dan menggalakkan sistem penternakan di negeri ini.

"Antara langkah yang diambil ialah meningkatkan penyampaian perkhidmatan veterinar, meningkatkan sekuriti makanan dengan mengamalkan sistem kualiti serta keselamatan makanan dan melaksanakan kawasan zon bebas penyakit.

"Selain itu, kerajaan negeri juga menggalakkan integrasi pengeluaran daging dengan ladang penanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah," katanya.

Jawatankuasa khas ditubuh pantau ZIPY

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

ALOR SETAR 28 April - Kerajaan negeri akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY).

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, bagi tujuan itu pihak Merapoh Resources Corporation (Merapoh) dan Kedah Investment Centery akan dipanggil bagi membincangkan penubuhan jawatan kuasa itu.

"Kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bantuan untuk menjayakan projek ini dan kita akan pastikan segala urusan seperti kelulusan tanah akan diperoleh secepat mungkin.

"Kita akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memastikan projek ZIPY ini akan berjaya dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) ketika sesi pertanyaan Mesyuarat Kali Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Ku Abdul Rahman, kerajaan negeri yakin projek ZIPY itu akan berjalan seperti yang dirancang memandangkan satu perjanjian usahasama telah ditandatangani antara Merapoh dan China Energy Hua Cheng Industrial Investment Co. Ltd (China Energy) yang merupakan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan China.

Katanya, syarikat berkenaan mempunyai kemampuan kewangan yang sangat diperlukan bagi menjayakan projek yang besar itu.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Azam Samat (Pas-Sungai Limau) beliau berkata, sebanyak 1,000 hektar tanah yang terlibat dengan pembangunan ZIPY diperoleh daripada tanah yang ditambak di Sungai Limau Yan, Jerai.

"Kerajaan negeri tidak mahu melaksanakan projek yang melibatkan pengambilan tanah penduduk kampung," jelasnya.

Tambah beliau, kajian kesan penilaian alam sekitar (EIA) akan dilakukan sebelum projek itu dilaksanakan.

"Selain EIA kita juga akan menjalankan kajian kesan penilaian sosial (SIA) bagi mengetahui apakah kesan projek berkenaan terhadap masyarakat.

"Kita akan laksanakan penilaian ini dalam masa terdekat dan insya-Allah boleh dapat kelulusan," katanya.

Tambah beliau, projek tersebut setelah siap kelak dijangka menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini selain merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Shahanim, Mohd. Suhaimi dilantik senator baharu

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

ALOR SETAR 28 April - Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd. Yusof dan bekas Ketua UMNO Jerai, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun berkuat kuasa 21 Mei ini.

Pemilihan mereka dicadangkan oleh kerajaan negeri dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kali Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Shahanim dan Mohd. Suhaimi menggantikan dua Ahli Dewan Negara dari negeri ini iaitu Saiful Izham Ramli dan Mohd. Yusuf Hussin yang akan tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 21 Mei ini.

Shahanim ketika ditemui berkata, beliau akan mengalas tanggungjawab yang telah diberikan itu dengan penuh amanah.

Katanya, beliau akan menumpukan perhatian dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan wanita di negara ini serta di Kedah.

"Dengan jawatan sebagai senator ini saya akan lebarkan bentuk bantuan kepada golongan wanita tanpa mengira batas usia.

"Saya juga akan terus membantu Barisan Nasional (BN) untuk menarik minat golongan wanita terhadap parti agar mereka terus menyokong BN," katanya.

Bagi Mohd. Suhaimi pula, pelantikan sebagai ahli Dewan Negara membolehkan beliau untuk terus aktif membantu masyarakat khususnya golongan muda.

"Saya merupakan Bendahari Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) dan saya akan menggunakan jawatan sebagai senator untuk terus membantu golongan muda agar menjauhi dadah," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar