{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda air tawar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda air tawar - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul di Kg. <b>Felda Air Tawar</b> 5

Posted: 07 Mar 2011 03:27 AM PST

SALAM.. :)

Minggu ni seperti biasa, setiap hujung minggu memang balik kampung..
yang bezanya minggu ni rasa sangat bertuah kerana dapat menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang sangat2 berfaedah.


sempena ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. sambutan maulidur rasul dilengkapkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dimana selalunya majlis ilmu akan diadakan.
hmm.. pagi2 6 mac lepas, sy dan mak keluar awal dari rumah untuk ke tempat dimana kita berkumpul bagi memulakan perarakan. tepat 8 pagi, kami berarak menuju ke Masjid Felda air tawar 5. Dengan melaungkan selawat nabi, sy rasa sungguh terharu dan rasa sangat bertuah dapat hidup dimuka bumi Allah s.w.t yang indah ini.

sampai je masjid, kami semua masuk kedalam masjid untuk mengambil tempat. majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan sehinggalah selawat beramai ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

kemudian sekitar jam 9 pagi, sesi yang ditunggu2 .. ceramah agama daripada Ustaz/En. Ahmad Mazlan Bin Mohd Ghause. rasanya nama ni tidak begitu asing dikalangan penduduk di Johor Bahru, kerana beliau kerap memberi ceramah dan menghadiri pelbagai majlis ilmu.

beliau menyampaikan ceramah dengan begitu yakin dan sy betul2 beruntung dapat menghadiri ceramah tersebut. kita sangat digalakkan datang ke majlis ilmu, kerana pelbagai perkara dan pengetahuan baru yang dapat kita perolehi. tambahan itu, apabila kita berdoa serta berhajat apabila selesai sahaja majlis ilmu, Insha'Allah Allah s.w.t akan makbulkan kerana ketika itu, ada 70 malaikat turun ke majlis ilmu tersebut dan sama2 mendoakan setiap manusia yang hadir ketika itu.. malah nama2 orang yang menghadiri majlis tersebut akan disenaraikan namanya di Arash sana.. indahnya... :)

kemudian beliau juga menyampaikan banyak perkara yang sy kurang pasti, setelah beliau sampaikan baru lah sy berasa yakin dan tidak lagi was-was.

sy teringat kata2 beliau mengenai dosa2 besar yang kita lakukan. kita pun sendiri tahu macam mana jalan nak syurga. jadi.. jangan lah pilih jalan untuk ke Neraka... neraka bukan tempat biasa ataupun rumah kita yang kita biasa keluar masuk.. tp ia.. hmm tak payahlah sy nyatakan lagi..

beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau mengenai seorang suami (bertugas sebagai guru) yang taat setia pada isterinya.. ia bermula dimana beliau menemui sahabat beliau yang bekerja sebagai penggali kubur dikawasan daerah muar sekitar tahun 1983/1984.. isteri guru tersebut meninggal dunia setelah seminggu penggali kubur tersebut mendapati kubur isteri guru tersebut tersangatlah wangi.. tanahnya berbau wangi.. tiada wangi seumpanya didunia ini..

guru tersebut selalu menziarah kekubur isterinya dan apabila penggali kubur tersebut bertanya sama ada ia telah berkahwin, guru tersebut memandangnya dengan sayu lalu berkata, "saya tidak akan berkahwin dengan mana2 perempuan, kerana saya tunggu isteri saya dipintu syurga".. guru tersebut menangis.

Masha'Allah.. guru tersebut sangat sayang kepada isterinya kerana keindahan peribadinya. isterinya tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah ingkar dengan suami..

sy betul2 tersentuh dengan kata2 Ustaz.. ceramah disampaikan dengan sangat berkesan..
kemudian setelah 30 tahun, sekitar 2006, beliau memberi ceramah dan beliau sempat menceritakan pengalaman beliau mengenai kisah isteri guru yang sangat indah peribadinya.. selesai sahaja ceramah beliau didatangi seorang hamba Allah. dan menyatakan beliau duduk sekampung dengan guru itu dan sehingga kini guru tersebut masih tidak berkahwin malah anak2nya telah pun dewasa dan masing masing sudah berkahwin..

hebat sungguh isteri guru tersebut.. semoga mereka berjumpa dipintu syurga,, Amin..

oh ya.. sy ada something nak kongsi..

**kalau orang dah pergi jangan sebut arwah bukan tak boleh, tp kurang tepat... biasakanlah sebut Allahyarham/Allahyarhama kerana apabila sebut arwah..  kita hanya ingat namannya tapi tidak mendoakan.. apabila kita sebut Allahyarham/Allahyarhama.. bermaksud, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.. maka doa itu terus sampai ke pada orang yang telah pergi..

**dosa mengumpat sama dengan 70x dosa berzina.. :(

Till then..
good day!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat