{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


ahmadmaslan.blogspot.com: <b>Felda</b> terima 18 saman peneroka

Posted: 15 Mar 2011 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Mac – Felda menerima 18 saman daripada peneroka sehingga Februari lalu dan daripada jumlah itu sebanyak 12 kes telah diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, hanya satu kes iaitu tuntutan peneroka Felda Kemahang di Tanah Merah, Kelantan yang tidak memihak kepada Felda.

"Tuntutan berkenaan adalah berkaitan penggredan jualan sawit di Felda Kemahang 3 berjumlah RM11.3 juta dan bayarannya sudah dilunaskan kepada peneroka terlibat.

"Keputusan kes itu tidak memihak kepada Felda disebabkan masalah teknikal iaitu pada hari perbicaraan peguam bela Felda tidak hadir," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kamaruddin mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan jumlah kes saman yang difailkan peneroka terhadap Felda dan keputusan mahkamah serta implikasi kewangannya kepada Felda.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, terdapat enam kes yang perbicaraan masih belum selesai iaitu dua kes mengenai tuntutan terhadap kadar perahan minyak dan dua kes mengenai tuntutan pulangan wang tabung tanam semula.

"Masing-masing satu kes pula mengenai tuntutan deklarasi proses tender dan permintaan harga di dalam tender bagi penebangan kayu getah peneroka dan tuntutan penyingkiran peneroka," katanya.

Beliau berkata, anggaran nilai tuntutan bagi kesemua kes yang belum selesai perbicaraan ialah berjumlah RM90 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat